advertisement

Ismail Sabri memberitahu dalam sidang media harian dia baru-baru ini dimana ibu bapa tidak perlu surat polis jika ingin menghantar anak balik asrama iaitu untuk rentas daerah atau negeri sepanjang tempoh PKP ini.

Ibu bapa yang mahu menghantar anak untuk pulang ke asrama hanya perlu mengemukakan surat dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya, bagi merentas daerah dan negeri.

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis

tidak perlu surat

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Teknikal yang bersetuju memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah atau asrama, bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 Mac 2021, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datu Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini. Oleh itu, ibu bapa hanya perlu tunjuk surat dikeluarkan oleh pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

BACA : Download Surat Kebenaran Rentas Daerah/Negeri Bagi Tujuan PKSK

Pada minggu lalu, KPM telah menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini secara berperingkat. 1 Mac ini untuk murid sekolah rendah (Tahun 1 dan 2) dan prasekolah, manakala Tahun 3 hingga Tahun 5 pula bermula 8 Mac. Kemudian diikuti oleh Sekolah Menengah pada 4 dan 5 April 2021

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here