advertisement

Tips Mengajar Murid Kelas Belakang | Golongan Pendidik atau Guru merupakan tunjang utama bagi melahirkan anak-anak atau pelajar yang berguna dan berjaya di masa hadapan. Kita sekarang sering dengar keluhan golongan pendidik ini kerana bebanan lain yang dipikul mereka selain dengan tanggungjawab mengajar. Seharusnya guru ini memberi sepenuh masa dan fokus terhadap sesi pembelajaran. Tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang sedang bertungkus lumus bagi mengurangkan bebanan guru selain fokus mengajar.

Selain itu juga, guru tidak boleh tidak akan melalui pelbagai pengalaman mengajar. Sekarang di sekolah, sistemnya telah mengasingkan kelas mengikut tahap kejayaan seseorang pelajar. Pelajar pandai, duduk kelas depan, pelajar kurang sikit duduk kelas belakang. Inilah antara sistem pendidikan yang kini diusahakan untuk dihapuskan oleh pihak KPM. Semoga ada jalan terbaik.

Tetapi buat masa sekarang, Guru juga perlu memainkan peranan dengan kepelbagaian cara mengajar. ‘Ajar kelas pandai, ini caranya, ajar kelas belakang, ini caranya’. Bagi guru baru, mungkin pengalaman masih kurang, jadi disini sedikit perkongsian atau Tips Bagaimana Mengajar Murid Kelas Belakang. 

Tips ini telah dikongsi di laman Twitter milik seorang pendidik iaitu Cikgu Solihin Rozali

Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Percaya Kebolehan Budak

Walaupun mereka dalam golongan terakhir, percaya akan kebolehan mereka. Kadang-kadang bukan otak tak cerdas, cuma masalah ‘attitude’ jadi ke belakanglah tempatnya. Latihan dalam kelas juga perlu bersesuaian dengan kemampuan mereka. Biarlah latihan itu simple. Lebih baik dapat sesuatu daripada tak dapat langsung.

Buat Hubungkait Dengan Pelajaran Semalam

Walaupun dan masuk tajuk baru, wajib recall pelajaran semalam untuk memory retention. Sebelum memulakan P&P, tanya murid-murid apa yang mereka belajar semalam. Ambil masa untuk brainstorm. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk ingat kembali. Bagilah gula-gula ke sticker ke apa-apa sahaja untuk menggalakan murid brainstorm.

Beri Homework Yang Mampu Dibuat Tanpa Bantuan Orang Lain

Perlu diingat tak semua pelajar kita boleh mendapatkan bantuan di rumah. Jadi, beri latihan yang mereka mampu buat. Walaupun latihan itu kelihatan senang, ia mampu memberi kepuasan kepada murid-murid jika mereka dapat menyelesaikan sendiri. Percayalah jika mereka seronok, mereka akan ternanti-nanti kita tanda buku mereka atau bincang jawapan untuk tugasan tersebut.

Hadiah Atau Rewads 

Selalu buat kuiz mudah dengan mereka. Tujuan kuiz ini ialah untuk menukar tanggapan bahawa belajar itu susah. Beri hadiah untuk setiap kejayaan. Set target yang mereka kene capai. Contohnya kalau betul 16 dan ke atas, bagi mereka hadiah atau wang ringgit lebih mudah. Jadi, mereka akan usaha.

Variasi Latihan

Mereka tidak akan bosan jika latihan yang diberikan ada variasi. Pelbagai bentuk; ada isi tempat kosong, multiple choices atau aktiviti padankan dan sebagainya. Bila mereka selalu buat latihan, buku cepat habis sebab selalu menyalin. Mereka sangat teruja bila buku habis. Mereka akan rasa yakin dan akan rasa subjek itu senang sebab mereka mampu menulis dengan sangat banyak. Untuk pelajar yang malask, ini juga akan memotivasikan mereka.

Tak Perlu Mengejar Silibus

Memang penting untuk menghabiskan silibus setiap tahun. Tapi perlu diingat kalau kita terlalu mengejar tetapi pelajar tercicir dan tidak faham, maka tiada gunanya. Jadi, berilah sesuatu yang mereka boleh guna untuk jangka masa panjang. Peperiksaan bukanlah mengukur segalanya. Sebaliknya ilmu yang dapat mereka praktikalkan dalam kehidupan adalah lebih penting.

Tanda Latihan Dan Beri Feedback

Murid perlukan feedback tentang tahap kemajuan mereka. Tandalah setiap latihan yang diberikandan beri ulasan. Untuk mudah disediakan cop yang boleh tick sahaja tahap kecemerlangan mereka untuk menjimatkan masa anda.

Jadikan Mereka Kawan

Wujudkan suasana yang positif di dalam kelas. Selalu bergurau dengan mereka, tanya khabar keluarga mereka. Sebab mereka perlukan perhatian. Mereka buat perangai pun kerana mahukan perhatian. Tak salah luangkan sikit masa untuk bercerita perkara yang berlaku di luar kelas. Namun, semua ada batasnya. Kita orang yang lebih dewasa akan tahu hadnya.

Jangan Ungkit Kesalahan Mereka Di Depan Rakan Mereka Yang Lain

Elakkan mengeluarkan ayat seperti ”elok la malas. Ayah malas. Mak malask, awak pun malas.” Atau ”minggu lepas pukul kawan, cuti duit, hari ni nak jadi hantu apa pulak?” Please elakkan. Bagi hak mereka untuk belajar. Apa-apa masalah sekali pun, elakkan public humilation. Jumpa secara peribadi. Lebih baik.

sumber: thread twitter solihin rozali

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here