advertisement

Kita sedia maklum, tulisan jawi kembali lagi dengan isu tersendiri sebelum ini. Isu itu timbul dimana pihak KPM membuat keputusan untuk menambahkan silibus tulisan jawi ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu darjah 4.

Kita sedia maklum terdapat banyak riaksi daripada semua orang baik sebuah organisasi dan juga individu.

tulisan jawi

Tulisan jawi sebenarnya sudah bertapak di Malayis bermula sebelum Merdeka lagi. Pada awalnya sebelum lahir tulisan rumi seperti sekarang, Tanah Melayu sepenuhnya menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan harian.

[Sudah Baca?] Kata Putus KPM Berkaitan Tulisan Khat

Jadi sepatutnya ianya menjadi kebanggaan apabila kita fasih atau kenal akan tulisan yang digunakan oleh nenek-moyang kita ini.

Tulisan Jawi Digunakan

Baru-baru ini di laman twitter dimana menunjukkan seorang individu menaik 2 buah gambar daripada rancangan Buletin Utama yang menunjukkan beberapa tulisan jawi.

Di dalam tweet tersebut, beliau terkejut didalam gambar yang ditunjukkan menulis nama seorang pemain Manchester United iaitu Pogba tetapi dalam tulisan Jawi.

Selepas itu, ramai membalas tweet tersebut dimana mereka perasan bukan hanya Pogba tetapi ada nama lain lagi bagi pasukan tersebut seperti Lingard, Mikhitaryan, Blind dan ramai lagi.

Rupa-rupanya keratan gambar daripada Buletin Utama itu diambil daripada gambar individu yang merupakan peminat Manchester United yang dimuat naik di Facebook pada 2 tahun yang lepas.

Sebenarnya di dalam gambar tersebut bukan hanya beberapa pemain Manchester United tetapi 1 pasukan tersebut. Diakhirnya juga ditulis trademark pasukan gergasi England tersebut ‘Glory Glory Manchester United’ juga dalam tulisan jawi.

Mungkin ini adalah salah satu tanda apresiasi individu tersebut terhadap pasukan kegemarannya. Dengan menulis nama pemain kepada tulisan jawi.

Sedikit sebanyak disini, kita juga boleh belajar sesuatu daripada tulisan jawi tersebut. Semoga ramai lagi rakyat Malaysia menunjukkan minat terhadap warisan tinggalan nenek-moyang kita dan membawanya kearah lebih terkedepan.

Jadi kepada peminat pasukan lain seperti Liverpool, Man City, Chelsea, Arsenal dan pasukan lain taknak buat cabaran ni ke? Jawikan nama pemain kesebelasan pasukan kegemaran anda.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here