advertisement

Universiti Malaysia (UM) hari ini mengumumkan dimana mereka akan kurangkan yuran sebanyak RM120.00 per semester. Sudah pastinya memberikan berita gembira kepada semua pelajar UM sendiri.

Sejak Semester 2 sesi 2019/2020 lagi, Universiti Malaya telah melaksanakan PdP secara online sepenuhnya iaitu sepanjang PKP sebelum ini. Inisiatif ini supaya dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus pun.

Baru-baru ini juga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga telah mengumumkan dimana penangguhan pendaftaran secara bersemuka bermula semester 1 sesi 2020/2021. Jadi sekali lagi, para pelajar akan meneruskan sesi PdP secara online tanpa perlu ke kampus.

Universiti Malaya Kurangkan Yuran Pengajian

Jadi disebabkan itu, semua pelajar kini akan belajar secara online sahaja dan tidak berada di kampus. Jadi dengan itu, pihak universiti melalui inisiatif Bantuan UM Prihatin telah memutuskan supaya pengurangan Yuran Perkhidmatan Universiti sebanyak RM120 per semester (Reduction of University Service Fee).

Pengurangan ini diberikan kepada pelajar warganegara dan bukan warganegara bagi 3 semester iaitu Semester 2 sesi 2019/2020 serta semester 1 & 2 sesi 2020/2021 yang melibatkan seramai lebih daripada 22,000 pelajar.

Yurang perkhidmatan ini adalah termasuk Sukan dan Rekreasi, ICT dan Kesihatan & Kebajikan. Disebabkan pelajar tiada di kampus, maka perkhidmatan ini tidak digunakan oleh para pelajar.

UM akan sentiasa mengutamakan kebajikan para pelajar dalam mendepani cabaran normal baharu ini. Sekiranya para pelajar ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pengurangan yuran ini, boleh hubungi Bahagian Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari di talian 03-7967 3289 atau emel di bursar_student@um.edu.my

sumber : universiti malaya

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here