advertisement

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi kampus Gong Badak diarahkan tutup oleh pihak KKM disebabkan berlakunya kes penularan COVID-19 bermula 17 Mei hingga 30 Mei 2021 iaitu selama 14 hari.

Menurut laporan Bernama, kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sahaja telah dilaporkan terdapat 16 kes positif COVID-19.

Menurut Dr Nor Azimi Yunus selaku Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, beliau memberitahu penutupan ini dibuat bagi membolehkan pelaksanaan sanitasi dan pengesanan kontak rapat.

Setakat 18 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan di Malaysia telah mencatatkan 4,865 kes baru COVID-19 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 479,421 kes. Manakala Terengganu pula mencatatkan pertambahan kes baru sebanyak 156.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here