advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula tahun ini, tahun 2021.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas bersama pengamal media lain. Beliau juga berkata tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6 itu.

Tambah lagi beliau, fokus utama KPM ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Selepas ini, kemasukan ke SBP terutamanya, akan melalui PKSK tersebut seperti yang dibuat bermula tahun 2020 yang lalu.

Pembatalan PT3

Selain keputusan pemansuhan UPSR, KPM juga membuat keputusan untuk membatalkan ujian Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun 2021.

BACA : PT3 Dan UPSR Dibatalkan Bagi Sesi 2020

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi juga berkata keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

Jika dilihat daripada situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, ianya masih belum dapat ditangani sepenuhnya serta telah timbul banyak kluster pendidikan yang melibatkan sekolah sejak kebelakangan ini.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here