advertisement

Untuk pengetahuan, permohonan UPUOnline untuk sesi Akademik 2021/2022 kini dibuka sehingga 31 Mac 2021.

Oleh itu bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat universiti, anda boleh mula mohon sekarang. Disini kami kongsikan info berkaitan UPUOnline bagi sesi 2021/2022

BACA : Semakan Keputusan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2020/2021

Mohon Sekarang UPUOnline Sesi 2021/2022

Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2021/2022 kini sudah dibuka bermula 4 Januari 2021 (jam 12 tengah hari) sehingga 31 Mac 2021 (jam 5 petang). Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPU di upu.mohe.gov.my atau klik pautan dibawah

*Pembelian nombor unik ID di BSN mulai Februari 2021

upuonline

Pemilihan Program Pengajian Sesi 2021/2022

Terdapat 3 program pengajian dibuka bagi sesi 2021/2022 ini:

LEPASAN SPM

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 (Jika ada)
  • Pilihan program boleh dibuat bermula 21 Mac 2021 (12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 (5 petang)
  • Semak disini untuk menyemak Syarat Am lepasan SPM

LEPASAN STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM

  • STPM 2020 – Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2
  • MATRIKULASI / ASASI – Keputusan peperiksaan hingga semester 1
  • STAM 2020 – Keputusan peperiksaan percubaan (jika ada)
  • Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 (12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 (5 petang).

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF

  • Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini
  • Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.

Dasar Dan Kriteria Pemilihan SPM

Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM

  1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
  4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
  5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan IKLA
  6. Lulus temuduga/ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian
  7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
  8. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
upuonline

Panduan Permohonan UPUOnline Sesi 2021/2022

Terdapat 15 panduan yang dikongsikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi permohonan UPUOnline.

  1. Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul
  2. Layari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my
  3. Pastikan kategori anda
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline
  5. Kira merit disini
  6. Semak tren permohonan dan penawaran
  7. Semak laluan kerjaya
  8. Isi permohonan UPUOnline
  9. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan
  11. Lengkapkan borang permohonan
  12. Klik butang “SIMPAN”
  13. Cetak slip permohonan
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
  15. Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had. Jangan tunggu saat akhir!
permohona upuonline 2021/2022

Panduan Memilih Program

Anda boleh rujukan 5 panduan memilih program dibawah:

  1. Melepasi syarat Am & syarat khas program institusi/agensi
  2. Program yang minat
  3. Pilihan program mengikut keutamaan
  4. Rujuk kaunselor
  5. Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi
permohona upuonline 2021/2022

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan permohonan UPUOnline, anda boleh layari laman web rasmi UPU di upu.mohe.gov.my atau ditalian 03-8870 8200

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here