Telegram baru sahaja memperkenalkan fungsi terbaru iaitu ciri Video Call secara berkumpulan. Jadi selain daripada aplikasi Whatsapp, Zoom Meeting, Google Meet dan kini Telegram juga boleh digunakan untuk video call secara berkumpulan.
Ini sekali gus boleh menjadikan alternatif kepada perisian atau aplikasi lain yang sedia ada. Telegram sama seperti perisian lain dimana mempunyai limitasi tetapi paling penting ianya adalah percuma.
BACA : PdPR Akan Berlangsung Selama 25 Hari – Dr. Radzi
Antara ciri Video Calls Berkumpulan daripada Telegram adalah seperti berikut:
- Mulakan sidangan video daripada Group
- Terhad untuk 30 orang sahaja dalam satu-satu masa
- Berbual tanpa video dengan bilangan peserta tanpa had
Jadi untuk guru-guru yang mempunyai bilangan murid seramai 30 orang atau kurang, mungkin alternatif menggunakan Telegram ini untuk anda bagi melangsungkan sesi PdPR. Anda boleh guna di smartphone mahupun di komputer atau laptop.
Isi kandungan
Cara Menggunakan Fungsi Video Call Berkumpulan Di Telegram
Kepada yang berminat untuk mencuba, Arisya Adam daripada group facebook – TcherCollection ada kongsikan cara dan tutorial menggunakan Video Call Berkumpulan di telegram
1Kemaskini Aplikasi Telegram
Setiap pengguna mestilah update Telegram terlebih dahulu kepada versi terbaru sama ada di smartphone, tablet atau di komputer.
3Jemput Peserta

Invite dahulu peserta atau siapa-siapa kedalam group yang telah dibuat sebentar tadi.