advertisement

Tidak cukup dengan kontroversi yang melanda di Universiti Malaya ketika majlis konvokesyen, kini website Universiti Malaya pula digodam. Adakah ianya suatu kesinambungan daripada isu sebelum ini?

Baca Juga : Pilihanraya Kampus Universiti Malaya 2019 Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Pelajar

Sinar Harian telah melaporkan dimana laman web e-pay bagi website Universiti Malaya tidak dapat di akses dan sepertinya telah digodam dan mereka yang melakukanya tidak dapat dikenal pasti.

Jika anda lihat pada website epay Universiti Malaya (UM) iaitu epay.um.edu.my sepertinya ia tidak dapat di akses seperti biasa. Jika anda masuk pada pautan tersebut, tiada apa-apa maklumat yang dipaparkan.

Betul Ke Website Universiti Malaya Digodam?

Jika anda google ‘epay um’ sepertinya deskription memaparkan ayat yang telah ditukar iaitu

Biar Mati Dari Hidup Melutut
I would rather die standing than live kneeling.
If my words threaten those in power, so be it.
If my pictures alarm the people, that is good.
Your teeth come down, my sword goes up.
NoRasis #UndurVc #University of Malaya

– Hackers

Selain daripada itu, satu akaun Twitter telah mengeluarkan satu tweet memberi tahu dimana Website Universiti Malaya digodam dan kebocoran data.

https://twitter.com/MrX65826985/status/1184840564845375488

Harap permasalah yang sedang berlaku ini dapat dibendung oleh pihak berwajib dan juga pihak Universiti Malaya sendiri. Cukup lah dengan kontroversi yang terpalit berlaku sebelum ini. Hentikanlah segala tingkah laku yang tidak menguntungkan mana-mana pihak pun.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here