advertisement

Pada Jumaat yang lalu, Yayasan Didik Negara (YDN), iaitu sebuah yayasan di bawah KPM telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya.

YDN adalah sebuah yayasan yang berperanan menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Yayasan Didik Negara akan menjadi pusat sehenti atau one-stop center yang menyelaras segala bentuk sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuk syarikat swasta dan individu.

YDN akan memastikan agihan sumbangan atau bantuan kepada murid dan sekolah dibuat secara lebih optimum, tidak tertumpu di kawasan atau sekolah tertentu sahaja.

Alhamdulillah, usaha YDN mendapat perhatian dan dokongan pelbagai badan korporat dan juga orang perseorangan. Sehingga kini, sumbangan sejumlah RM20 juta telah diselaraskan oleh YDN. Sebahagian besar sumbangan tersebut telah diagihkan kepada kumpulan sasar yang ditetapkan. Tahniah kepada CEO dan seluruh warga YDN.

Dalam pada itu juga, Dr. Radzi Jidin zahirkan ucapan terima kasih kepada PETRONAS, MRC, TNB, McDonald, Pharmaniaga, Ekuinas, FarmFresh, Etiqa, FGV, Takaful, Wysen, Percetakan Nasional dan Bank Muamalat dan beberapa badan korporat lain yang sudi bekerjasama dan memberi sumbangan kepada YDN samada dalam bentuk kepakaran, kewangan mahu pun bukan kewangan.

  • yayasan didik negara
  • yayasan didik negara
  • yayasan didik negara

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan Mock Cheque ???? daripada institusi-institusi dan badan korporat yang terdiri daripada Bank Muamalat, Percetakan Nasional, Wysen, Takaful Malaysia, FGV Holding Berhad, Etiqa Family Takaful, Farm Fresh, EKUINAS, Pharmaniaga, Ronald McDonald House Charities, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysian Rubber Council dan yang terakhir ialah PETRONAS.

Selain itu, sebanyak 20 buah komputer riba turut diagihkan kepada 20 orang pelajar yang terpilih untuk kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap bersama-sama semua orang membantu YDN dalam menjayakan usaha membantu KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan untuk generasi pewaris negara, khususnya bagi kumpulan murid yang memerlukan.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here