advertisement

Baru-baru ini di laman sosial terutamanya Twitter sedang hangat diperkatakan betul ke yuran UTM naik harga? Ramai memperkatakan di akaun masing-masing berkaitan perkara ini terutamanya pelajar UTM sendiri dan pastinya gusar terhadap perkara ini.

Mereka mempersoalkan kenapa yuran UTM naik harga yang pastinya akan membebankan perbelanjaan pelajar kelak. Bagaimana mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah? Apakah nasib mereka?

Jadi betul ke yuran UTM naik harga? Betul ke gambar yang ditularkan sebelum ini datang dari UTM sendiri?

yuran utm naik hargayuran utm naik harga

Kenyataan Daripada UTM Berkaitan Yuran UTM Naik Harga

Pihak UTM telah mengeluarkan kenyataan di News UTM dan dikongsikan di laman facebook rasmi mereka berhubung dengan isu kenaikkan yuran pengajian UTM.

[Sudah Baca?] Pinjam eBook Daripada Perpustakaan Negara

Kenaikan yuran perkhidmatan ini hanya berkuatkuasa kepada pelajar baharu yang bakal mendaftar pada bulan Februari 2020 (Semester 2, 2019/2020). Pelajar kanan atau pelajar yang mendaftar pada semester sebelumnya tidak terkesan dengan perubahan ini.

Kenaikan yuran perkhidmatan ini adalah berdasarkan kajian penanda aras antara universiti tempatan, kos pelaksanaan semasa serta peningkatan kos perkhidmatan yang menuntut universiti memperuntukkan kira-kira RM50 juta setahun.

Untuk makluman, universiti tidak pernah menaikkan yuran aktiviti pelajar dan yuran klinik mahasiswa sejak lebih daripada 20 tahun lepas, iaitu dari tahun 1995. Yuran kemudahan sukan juga tidak pernah dikenakan kepada pelajar.

Universiti sentiasa berusaha memastikan pelajar dapat mengikuti pengajian dan juga aktiviti di kampus dengan sebaiknya. Untuk tujuan itu, universiti akan meneruskan amalan perbelanjaan berhemah, dan melaksanakan sebarang keputusan dengan memberi keutamaan kepada kebajikan serta keselesaan pelajar dan staf.

Untuk ketahui lebih penerangan berkaitan isu yuran pengajian UTM ini, anda boleh baca kenyataan di laman facebook rasmi daripada Naib Canselor UTM, Prof Ir Dr Wahid Omar, UTM Vice Chancellor

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here