advertisement


Pada zaman sekarang ini, penguasaan Bahasa Inggeris merupakan suatu keperluan di samping tidak melupakan bahasa ibuanda kita. Penguasaan bahasa asing ini penting bagi perlansungan bagi urusan-urusan yang mana sekarang ini banyak menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya.
Bagi pelajar sekolah mahupun penuntut universiti, penguasaan bahasa Inggeris juga perlu. Ini kerana banyak bahan bacaan masih belum diterjemah kepada bahasa Melayu, jadi tidak boleh tidak, pengetahuan tentang bahasa Inggeris perlu dipergunakan.
5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris
Selain daripada kurikulum sukatan pelajaran bahasa Inggeris, di luar kelas juga, pelajar terutamanya masih lagi boleh belajar untuk menguasai bahasa ini. Sekarang, smartphone yang sudah pastinya dimiliki yang menjadi benda keperluan bagi seseorang individu hatta pelajar sekolah pun sudah memiliknya. Memilikinya tidak salah jika anda pandai menggunakannya. Jadi apa lagi, terdapa banyak aplikasi yang disediakan bagi untuk mempelajari bahasa Inggeris untuk platfom Android dan iOS. Di sini admin ingin kongsikan 5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

1. busuu: Language Learning


5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris
Aplikasi ini telah di muat turun dan digunakan lebih 80 juta pengguna bagi pengguna Android dan iOS. busuu: Language Learning mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dapat membantu anda mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah. Buat pengguna yang menggunakan aplikasi ini pertama kali, akan ada sedikit ujian bagi menguji tahap dan kemampuan anda dalam bahasa Inggeris
Aplikasi ini telah pun disahkan oleh McGraw-Hill Education yang sudah tentunya anda tidak perlu ragui dengan kualiti atau sumber-sumber yang ada di dalam aplikasi ini.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS
2. Learn Languanges: Rosetta Stone


5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris



Aplikasi ini telah mendapat Anugerah Platinum bagi Best Educational Apps 2019 yang sudah pastinya mendapat perhatian ramai pengguna bagi mempelajari bahasa Inggeris. 
Ciri-ciri yang yang ada di aplikasi ini seperti adanya suara yang menggunakan TruAccent yang mana anda mampu mendengar sebutan perkataan atau ayat dengan suara yang jelas dan terang.
Selain bahasa Inggeris, aplikasi ini juga menyediakan pembelajaran bahasa lain sehingga 24 jenis bahasa. Anda boleh pelajari penggunaan asas seperti ayat cara memperkenalkan diri, ayat cara menyapa antara satu dengan yang lain dan macam-macam lagi.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS

3. Learn Languages with Memrise

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris




Pelajari bahasa, grammer dan vokabulari dengan menggunakan aplikasi Memris. Aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembelajaran bahasa Inggeris secara cepat dengan cara yang mudah. Ianya dengan menggunakan teknik atau cara mengingat apa yang telah dipelajari
Disediakan lebih 1000 video interaktif yang boleh anda pelajari dan terdapat banyak kosa kata bahasa Inggeris yang anda akan jumpa di dalam aplikasi ini. Selain itu juga, terdapat pelbagai ujian yang disediakan di dalam Memrise. Jadi anda boleh cuba dan pelajar bahasa Inggeris dengan berkesan.
5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.8/5.0
Download : Android | iOS
4. Duolingo


5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris
Duolingo adalah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang paling popular di dunia hari ini dan amat disyorkan untuk yang baru bermula belajar bahasa Inggeris. Sistem pembelajaran yang menarik membantu anda belajar bahasa Inggeris dengan cepat dengan menghabiskan 20 minit sehari. Setiap padanya ada penilaian, jadi anda boleh tahu sejauh mana anda punya perkembangan
Pelajaran Duolingo beradaptasi dengan gaya pembelajaran pengguna. Latihan disesuaikan untuk membantu para pengguna mempelajari dan mengkaji perbendaharaan kata secara berkesan. Duolingo adalah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang sangat baik yang membantu menampung banyak bahan untuk pelajar bagi mempelajari bahasa Inggeris untuk semua peringkat.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS
5. Mondly: Learn 33 Languages 

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Pada aplikasi Mondly ini, anda boleh mempelajari sehingga 33 jenis bahasa dan antaranya adalah bahasa Inggeris secara percuma.

Dengan aplikasi Mondly, dalam beberapa minit, anda akan mula menghafal kata-kata asas, membentuk ayat, belajar ayat frasa dan boleh mengambil bahagian dalam perbualan.
Sistem pembelajaran bahasa yang menyeronokkan bagi meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa dan sebutan. Anda akan merasa seperti mempunyai tutor anda sendiri di dalam poket anda dengan menggunakan aplikasi Mondly.
5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS
Jadi mulai sekarang, gunakan waktu mungkin dalam masa 1 jam untuk belajar bahasa Inggris secara optimal. Aplikasi ini bukan terbatas untuk pelajar sahaja, ianya untuk semua tak kira anda sudah bekerja ke, hatta sudah menjadi bos sekali pun. Jika anda rasa untuk mempertingkatkan bahasa Inggeris anda, anda boleh menggunakan aplikasi-aplikasi ini.
Mungkin ada lagi aplikasi-aplikasi lain yang ada, tetapi admin hanya berkongsi 5 sahaja. Jika anda rasa anda mempunyai aplikasi sendiri, anda boleh berkongsi di ruangan komen di bawah. Harap ianya membantu
Pendidikan Untuk Semua
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here