Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
pascasiswazah pendidikan jepun

myUMUM dibangunkan bagi membolehkan permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Interim Guru dilaksanakan secara atas talian. Semua permohonan adalah tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab individu pemohon untuk mempastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini dan diteliti sebelum permohonan dibuat.

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah (Mod Sepenuh Masa)

Permohonan

Permohonan bagi mengikuti Program PDPP 2019 ini boleh dibuat bermula 1 April – 11 April 2019 secara dalam talian di :

>>pismp.moe.gov.my/myUMUM<<

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat fizikal dan mental
  3. Aktif ko-kurikulum
  4. Umur tidak lebih 35 tahun pada 30 Jun 2019

Syarat Akademik

  1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  2. Memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas/ Keputusan yang setara dengannya atau memiliki pengalaman bekerja sekurangkurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan; PENGAMBILAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA JEPUN AMBILAN JUN 2019
  3. Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT)
  4. Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan

Syarat Tambahan

  1. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti dari Negara Jepun/ tempatan yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    1. http://www2.mqa.gov.my/mqr
    2. http://www2.mqa.gov.my/esisraf

Maklumat Tambahan

  1. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilil mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  2. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  3. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  4. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA 

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar
dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720 / 6730 /  6768 / 6627 / 6758 / 6693 / 6733 /  6731 /
6769 / 6761 / 6689 / 6760

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain