Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Selepas menerima pengiktirafan antara 20 gambar terbaik di dunia dan gambar terbaik di peringkat Asia. adik Muhammad Syukur Khamis kini sekali dikenali apa bila dia menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu. Adik Syukur merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin.
Selepas gambar adik syukur tular di media sosial baru-baru ini, dia menjadi bualan ramai orang. Bagaimana adik ini boleh bersama seolah bergaul dengan sekumpulan kerbau tanpa sebarang masalah? Kita pasti dah tengok gelagat adik ini kan? Tanpa sebarang tali pun diikat di kerbau itu. Tenang je bermain bersama.
Sebenarnya adik syukur telah bersama kerbau-kerbau peliharaan ayahnya bermula dari kecil lagi. Mungkin kerbau ini sudah biasa dengan adik syukur, dan adik syukur juga sudah selesa dengan kerbau-kerbau itu. Jadi itulah sebab kenapa ‘syukur the kampung boy’ boleh beraksi seperi kawan rapat dengan binatan peliharaan bapanya itu. 

Anugerah Murid Unggul diberi kepada 'Syukur The Kampung Boy'

Petikan daripada BH Online, Pengetua SMK Padang Midin, Zah Mohamad berkata anugerah yang diterima Syukur bertepatan dengan nilai-nilai yang ada dalam diri pelajar berkenaan iaitu kasih, saling menghormati, kebahagiaan dan kemanusiaan​​​​​​.
“Kita juga mempunyai perancangan yang teratur supaya tahap pendidikan Syukur yang kini berada pada tahap sederhana dapat ditingkatkan menjadi pelajar cemerlang,” katanya.

“Kami sentiasa memantau perkembangannya agar dia yang dikenali netizen sebagai Syukur – The Kampung Boy tidak leka dengan populariti yang diraih ketika ini,” katanya. – BERNAMA
Terdapat banyak gambar ‘adik the kampung boy’ yang tular di facebook terutamanya. Kerana ramai photografer yang terlibat dalam menghasilkan gambar-gambar adik dan kerbaunya. Jadi di sini admin berkongsi sedikit gambar. Terima kasih kepada fotog dallahdeenphotography

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain