Bagi membantu pelajar bagi meneruskan sesi pembelajaran, UPNM dengan kerjasama REDONE akan memberikan data internet percuma bagi tujuan pembelajaran.

Sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan dimana, segala sesi pengajaran dan pembelajaran akan diadakan secara dalam talian sahaja atau secara online sehingga Disember 2020. Maka dalam tempoh tersebut, tiada sesi penjaran secara bersemuka. Ini adalah berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

Dengan berita, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah tampil dengan satu inisiatif iaitu akan memberikan pelan data percuma kepada pelajar yang berkelayakan bagi meneruskan sesi pembelajaran secara online ini.

Pelan Data Internet Percuma Daripada REDONE

data internet percuma

Ini merujuk kepada program pakej Data Plan RedONE yang dipersetujuan melalui usahama antara pihak UPNM dan RedONE untuk dinikmati oleh pelajar berdaftar UPNM di dalam kumpulan B40.

RedONE akan menawarkan pakej Data Plan 33GB REDONE (Data Plan) dan data internet percuma ini adalah selama 6 bulan sahaja dari tarikh pengaktirafan.

Data Plan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Pasca Bayar Amazin38 menyediakan 33GB data terkumpul setiap bulan.
  • Pihak UPNM memberi subsidi dengan menaja yuran langganan bulanan berjumlah RM25 bagi setiap orang pelajar selama 6 bulan
  • Untuk mereka yang ingin mengekalkan nombor telefon bimbit sedia ada, tiada bayaran deposit akan dikenakan bagi proses tersebut
  • Bagi pelajar yang ingin mendaftar nombor telefon bimbit baru, pelajar perlu membayar refundable deposit sebanyak RM25
  • Penambahan perkhidmatan kepada Data Plan akan dikenakan bayaran dan akan ditangguh oleh pelajar
  • Penghantaran Kad Sim kepada pelajar akan diuruskan oleh pihak RedONE dan rakan niaga RedONE

Pihak RedONE akan menyediakan One-stop centre di dalam Kampus UPNM Kem Sg Besi untuk membantu pihak UPNM dalam memberi servis selepas jualan dan perundingan kepada pelajar UPNM

Bagi mereka yang berkelayakan, sila layari laman web rasmi UPNM atau Klik Disini untuk mengetahui terma dan syarat dengan lebih lanjut.

Boleh juga hubungi wakil Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan untuk lebih info.

Semoga dengan adanya bantuan daripada UPNM dan pihak RedONE ini, sedikit sebanyak akan mengurankan bebanan pelajar ketika proses pembelajaran dalam talian di adakan kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here