JAKIM melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hak Ehwal Agama) telah mengumumkan dimana kelas KAFA akan dibuka semula pada 2 dan 3 Ogos 2020 bagi seluruh Malaysia.

Jika dilihat pengumuman daripada KPM sebelum ini, sesi persekolahan bagi murid Tahun 5 hingga 6 akan bermula 15 Jula 2020 manakala murid Tahun 1 hingga 4 akan bermula pada 22 Julai 2020.

Dalam pengumuman itu juga, KPM telah menerangkan tentang 3 pilihan model pengoperasian pembukaan penuh sekolah berdasarkan kapasiti sekolah iaitu

  • Model 1 (1 Sesi)
  • Model 2 (2 Sesi)
  • Model 3 (Penggiliran)

Kelas KAFA Dibuka Semula Pada Ogos 2020

Selaras dengan keputusan KPM tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengumumkan pembukaan semula sesi Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) bagi seluruh Malaysia.

Dengan mengambil kira semua pihak dan persediaan sepenuhnya 5619 premis KAFA serta pengurusan tadbir urus sekolah kebangsaan, JAKIM telah menetapkan bahawa pembukaan semula KAFA di seluruh negara adalah pada 2 Ogos 2020 (Ahad) bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 3 Ogos 2020 (Isnin) bagi negeri-negeri Kumpulan B.

Kumpulan A : Kelanan, Terengganu, Johor dan Kedah
Kumpulan B : Perlis, Perak, Pulang Pinang, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)

Pihak pendatbir premis KAFA hendaklah memastikan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, KPM dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula KAFA, JAKIM dipatuhi oleh semua pihak.

Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap dengan persediaan yang rapi oleh semua pihak, pembukaan semula kelas KAFA akan dapat berjalan dengan lancar dan dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here