Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan


Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan | Pada Belanjawan 2019 sebelum ini, Kerajaan akan memperkenalkan pas tanpa had selama 30 hari iaitu My100 dan My50 bagi pengangkutan awam. Inisiatif ini dibuat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggalakkan menggunkan perkhidmatan pengangkutan awam. Justerus itu, pada 1 Disember yang lepas, Perdana Menteri, YAB Tun Mahathir telah berjaya melancarkan dengar rasminya My100 dan My50 yang seterusnya telah mendapat sambutan yang baik dengan kira-kira 20,000 pengguna telah mendaftar.
Jadi hari ini, pihak Rapid KL telah mengeluarkan pengumuman rasmi di halaman facebook rasminya di mana, pas tanpa had 30 hari, My100 dan My50 sudah boleh digunakan bermula 31 Disember 2018 lagi. 
Dengan itu, pengguna boleh dapatkan pas tanpa had dengan harga RM100 untuk My100 dan RM50 untuk My50 untuk digunakan selama 30 hari. Daftar dengan hanya menggunakan kad pengenalan MyKad atau kad MyTentera sahaja. Eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, pas perjalanan My100 akan memberikan akses tanpa had untuk semua perkhidmatan yang disediakan oleh Rapid KL daripada monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, bas perantara MRT dan semua bas ganti-ganti Rapid KL. 
Jadi anda boleh baca pengumuman rasmi sepenuhnya di laman facebook rasmi Rapid KL di sini. Anda naiklah sepuas hati pengangkutan awam tu semua selama 30 hari .
Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan
sumber: facebook rapid KL

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain