Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan hari ini di mana mengumumkan tarikh rasmi bagi Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020 bagi pelajar yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) bagi tahun 2018


Permohonan Ke Program Matrikulasi Sesi 2019/2020

Tarikh permohonan

Kepada yang ingin memohon ke program Matrikulasi bagi sesi 2019/2020, permohonan akan di buka pada 25 Februari 2019 sehingga 2 April 2019



Permohonan Atas Talian

Permohonan program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui atas talian dengan melayari laman web matrikulasi.moe.gov.my


Program Dan Jurusan Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:-

a. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
    i. Jurusan Sains
    ii. Jurusan Kejuruteraan
    iii. Jurusan Perakaunan
    iv. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
    i. Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)



Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem Dua Semester

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2018:-

Jurusan Sains:

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Kimia
C Fizik atau Biologi
Lulus Sejarah

Jurusan Kejuruteraan:

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Fizik
C dalam (1) satu daripada mata pelajaran berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Kimia
Lulus Sejarah

Jurusan Perakaunan

C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
C Matematik Tambahan
C dalam (2) dua daripada mata pelajaran berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Sejarah


Jurusan Perakaunan Profesional

C Bahasa Melayu
A Bahasa Inggeris
A Matematik
C Matematik Tambahan
A dalam (3) tiga daripada mata pelajaran berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Sejarah

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem Empat Semester

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2018:-

Jurusan Sains:

C Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris
Lulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer
Lulus Sejarah

Cara Permohonan

Permohonan Melalui Atas Talian:
  1. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP)
  2. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:
    1. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
    2. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP.
    3. No. Pin 5 digit.
  3. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut
  4. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.
  5. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin. untuk membuat permohonan.
  6. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.
  7. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.
  8. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.
  9. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.
Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain