Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
kemasukan sekolah berasrama penuh

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau SBP telah pun dibuka kepada semua pelajar yang layak iaitu bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkaran 4 ambilan tahun 2020 kelak.

Jadi kepada pelajar yang berminat, anda sudah boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan yang disediakan. Ambilan sekolah berasrama penuh, SBP hanya dibuka kepada tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja melalui keputusan UPSR dan juga PT3.

Baca juga : Permohonan Murid Berkeperluan Khas Tingkatan 1 Dan 4 Kini Dibuka

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh, SBP

Bagi para pelajar yang berminat anda boleh membuat permohonan bermula pada 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019. Permohonan dibuka selama sebulan kepada yang berminat.

Anda boleh membuat permohonan melalui pautan berikut bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 :

Bagi kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 : https://sst1.moe.gov.my

Bagi kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 : https://sst4.moe.gov.my

Anda boleh dapatkan panduan permohonan di pautan disini. Anda boleh rujuk jika terdapat permasaalahan ketika membuat permohonan.

kemasukan sekolah berasrama penuh

Syarat Kelayakan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh, SBP

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon ke SBP bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tingkatan 1

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Tingkatan 4

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  • Murid aktif dalam kokurikulum

kemasukan sekolah berasrama penuh

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan mendapatkan maklumat menerusi soalan-soalan lazim (FAQ) disini. Pautan ini memberi lebih maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh bagi ambilan 2020 untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Artikel Berkaitan

2 thoughts on “Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2020”

  1. Pingback: Beberapa Sekolah Di Sarawak Di Tutup Disebabkan Jerebu - pendidikan4all

  2. Pingback: Tiada Lagi Aliran Sains Atau Aliran Sastera Pada Tahun Hadapan - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain