advertisement

Program Dermasiswa JPA ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah Dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program Dermasiswa JPA ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Kepada calon yang ingin memohon, dipersilakan baca sehingga habis pada halaman ini.

Bagi tahun 2019, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan universiti bertaraf Government Linked Universities (GLU) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).

Syarat Permohonan Dermasiswa JPA

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  5. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam
  6. tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  7. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
  8. Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Baca juga : Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Daripada JPA

Syarat Khusus

Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET / UniKL MIAT / KUPTM / UNITEN / MMU

  1. Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

  1. Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

Cara Memohon Dermasiswa JPA

Permohonan Dermasiswa JPA dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama empat belas (14) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) hingga 14 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa JPA B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Semoga berjaya kepada calon yang memohon dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita di alam pembelajaran.

permohonan dermasiswa jpa

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here