Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pihak Lembaga Peperiksaan, Kementeria Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh mula bagi Permohonan Pendaftaran Peperiksaan Tahun 2019 Bagi Calon Persendirian. Peperiksaan calon persendirian yang telah dibuka permohonannya adalah Permohonan Pendaftaran Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) untuk tahun 2019 iaitu secara dalam talian.
Permohonan Pendaftaran Peperiksaan Tahun 2019 Bagi Calon Persendirian

Tarikh Permohonan

Calon Persendirian boleh memohon bermula pada 10 Februari 2019 sehingga 10 Mac 2019

Cara Memohon

Permohonan ini dilakukan secara dalam talian iaitu di >sppat.moe.gov.my<

Syarat Bagi Calon Persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  1. Peperiksaan akan berlangsung pada :
    1. Ujian Lisan : 3 – 30 Jun 2019
    2. Ujian Bertulis : Fasa 1 (14 – 17 Oktober 2019) dan Fasa 2 (5 – 2 November 2019)
  2. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan.
  3. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
  4. Membuat permohonan pendaftaran SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 10/02/2019 sehingga 10/03/2019
  5. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN  /PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:-
    1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran
    2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan
    3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
    4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC yang disahkan (calon mengulang sahaja)
    5. Bayaran yuran peperiksaan – Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
    6. Empat (4) keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
  6. Buat semakan permohonan pendaftaran SPM di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPM mulai 14/4/2019
  7. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 11/03/2019 sehingga 30/04/2019
  9. Permohonan pembetulan maklumat antara 11/03/2019 sehingga 24/03/2019
  10. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  11. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

Syarat Permohonan Calon Persendirian Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)

  1. Peperiksaan akan berlangsung pada :
    1. Ujian Lisan : 3 – 30 Jun 2019
    2. Ujian Bertulisan : 25 – 27 Jun 2019
  2. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan.
  3. Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
  4. Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 10/02/2019 sehingga 10/03/2019
  5. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:-
    1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran
    2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan
    3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
    4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang disahkan (calon mengulang sahaja)
    5. Bayaran yuran peperiksaan – Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
    6. Empat (4) keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
  6. Buat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 08/04/2019
  7. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 01/04/2019 sehingga 15/05/2019
  9. Permohonan pembetulan maklumat antara 11/03/2019 sehingga 01/04/2019
  10. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  11. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain