Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang sesi Julai 2020 bagi melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di dalam negara.

Khusus untuk anak Pahang akan menyambung pengajian yang akan datang dan memerlukan bantuan pinjaman pendidikan untuk tahun 2020. Anda kini boleh mula memohon pinjaman pendidikan yayasan pahang jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dengan adanya pinjaman pendidikan ini, pastinya dapat meringankan beban kewangan sepanjang sesi pengajian berlangsung di IPT.

Mohon Segera Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang boleh dibuat bermula 15 Julai hingga 4 Ogos 2020 dengan layari pautan YP dibawah ini

Kemudian, anda perlu cetak dan lengkapkan serta hantar ke YP beserta dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum atau pada 4 Ogos 2020 (Selasa). Alamat seperti dibawah

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Syarat Permohonan

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada wakil yang dilantik oleh YP/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon
  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul
  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
  4. Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori seperti dibawah

BACA : Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Bagi Peringkat Diploma

Program Yang Layak Memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Program Diploma Politeknik

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian (semester 2 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penajar. Sepenuh masa sebanyak RM4500 setahun

Program Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (Tahun Pertama) seperti berikut:

  • Farmasi
  • Kejuruteraan & Teknologi
  • Ekonomi & Kewangan Islam
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL
  • Pertanian dan Industri Halal
  • Pelancongan & Warisan

Bagi kategori ini, pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi/Asasi ATAU STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas

Memilik sekurang-kurangnya tahan Band 2 dalam Malaysia Universiti English Test (MUET)

Kadar pinjaman sepenuh masa adalah RM3000 setahun.

Program Sarjana/Kedoktoran

Pemohon berada di dalam program Sarjana/Kedoktoran di IPT. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas.

Kadar pinjaman adalah sepenuh masa iaitu sebanyak RM3000 setahun manakala bagi separuh masa adalah sebanyak bersamaan Yuran Pengajian Sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

Program Di KUIPSAS

Jika anda berada dalam program Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), anda layak memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang.

Kadar pinjaman sepenuh masa adalah RM3000 setahun manakala separuh masa sebanyak Yuran Pengajian Sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

Program Di UCYP

Jika anda berada dalam program Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP).

Kadar pinjaman adalah sepenuh masa iaitu sebanyak RM3000 setahun.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi dengan Yayasan Pahang:
Pn Zakian binti Saleh / Pn. Azimah Kamaliah binti Mohamad Kamal
09-518 1800 atau faks : 09-518 1888

Laman web : www.yp.org.my atau
emel : ypahang@yp.org.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here