advertisement

Program Penajaan Nasional (PPN) ini merupakan salah satu program yang ditawarkan kepadal pelajara cemerlang lepasan SPM 2019 dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada 50 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara pinjaman boleh ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Baca Juga : Biasiswa JPA 2020 Untuk Lepasan SPM

Tawaran Daripada Program Penajaan Nasional, JPA

Permohonan boleh dibuat bermula 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang. Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) di yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja. Senarai calon, boleh lihat disini

Syarat Penajaan Melalui Program Penajaan Nasional, JPA

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  • Menduduki peperiksaan SPM tahun 2019 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

  • Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sejarah
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral; dan
    • Satu (1) pelajaran lain; DAN Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).

Program Persediaan

  • Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan.

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Tarikh-Tarikh Penting

Aktiviti Tarikh
e-Profiling dibuka 9 Mac 2020
e-Profiling ditutup 18 Mac 2020
Keputusan Penawaran 5 Mei 2020

Senarai Bidang Dan Universiti Yang Ditaja Di Bawah Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2020

program penajaan nasional

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here