Pelajar lepasan SPM, kini anda boleh mula memohon Biasiswa JPA 2020 bagi menyambung pelajaran di peringkat asasi seterusnya ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan ini dibuka kepada pelajaran lepasan SPM 2019 yang buat pertama kali mendapatkan tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Baca Juga : Permohonan Penajaan Program Dermasiswa JPA B40

Walaupun dalam bentuk PBU tetapi anda boleh mengubahnya kedalam Biasiswa JPA jika anda bekerja dalam Perkhidmatan Awam (Kerja Kerajaan) sekiranya habis belajar kelak. Jadi jangan risau keh. Selain itu, ikuti syarat-syarat lain di bawah

Biasiswa JPA 2020

biasiswa jpa 2020

Penajaan di bawah program ini sedia maklum iaitu merangkumi peringkat persediaan dan Ijazah pertama. Anda sudah boleh mula memohon bermula 9 Mac 2020 (Isnin) sehingga 18 Mac 2020 (Rabu). Jika anda lepasan SPM 2019, anda boleh memohon dibawah

Anda dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Anda hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat

Bentuk Tajaan

Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah program ini dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman

Syarat Permohonan

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonanseperti berikut:

Syarat Umum Calon

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019 bagi calon sekolah, atau menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun sebelum tahun penawaran biasa di manamana sekolah menengah bagi calon dari sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian,
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

Syarat Khusus Calon

  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum Disember tahun penawaran biasa.

Student Assessment Centre (SAC)

Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di

  • Zon Tengah (Bangi)
  • Zon Selatan 1 (Melaka)
  • Zon Selatan 2 (Johor Bahru),
  • Zon Utara 1 (Jitra)
  • Zon Utara 2 (Pulau Pinang)
  • Zon Timur 1 (Kuantan)
  • Zon Timur 2 (Kota Bharu)
  • Zon Sabah (Kota Kinabalu)
  • Zon Sarawak 1 (Kuching)
  • Zon Sarawak 2 (Miri)

Senarai Program Persediaan

BIL. SENARAI PROGRAM
1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
3. Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
4. Asasi Universiti Awam (UA)
Contoh: Asasi UIAM; Asasi Sains UM; Asasi UNIMAS; Asasi UMS;
Asasi UniSZA; Asasi Pengajian Islam UM; Tahmidi USIM; Asasi
UKM dan lain-lain.
5. Program ASASIpintar, Pusat PERMATApintar Negara
6. Program Persediaan di International Islamic School
7. Foundation IPTS*
Contoh:
i. Foundation Programme
ii. A-Level
iii. International Baccalaureate (IB) Diploma Programme.
iv. Australian Matriculation (AUSMAT)

Manakala untuk senarai universiti awam dan intitusi serta bidang penajaan, anda boleh lihat senarai penuh disini

Jadi jangan lepaskan peluang ini terutamanya kepada lepasan SPM untuk dapatkan Biasiswa JPA 2020 ini.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here