Hari ini, KPM melalui Menteri Kanan (Pendidikan) mengumumkan dimana, sesi persekolah akan bermula dan dibuka pada 24 Jun 2020 iaitu pada hari Rabu, 2 minggu selepas tarikh hari ini diumumkan.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengadakan sidang media bagi mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah selepas ditutup lebih 3 bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac yang lepas. Ini disebabkan penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara yang masih berlaku sehingga hari ini.

Sebelum ini, KPM juga ada mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah berserta SOP setelah berbincang bersama KKM dan MKN. Jadi hari ini, barulah tarikh pengesahan pembukaan semula sekolah diumumkan.

Sekolah Akan Dibuka Pada 24 Jun 2020

Seperti dalam sidang media tersebut, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin telah mengumumkan sekolah akan dibuka pada 24 Jun 2020 (Rabu). Sesi persekolahan ini hanya dibuka membabitkan murid yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

Sekolah akan dibuka secara berperingkat seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jadi bagi murid lain, pembelajaran di rumah akan diteruskan seperti biasa.

Dengan arahan PKPP ini, guru-guru sudah pulang ke sekolah masing-masing, jadi sesi pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses yang ada di sekolah.

SOP Yang Diperkenalkan

Seperti yang ada di dalam buku Garis Panduan tersebut, telah ditetapkan beberapa SOP mesti dipatuhi.

Jika di dalam kelas, meja-meja mesti disusun dengan jarak 1 meter. Manakala bagi kapasiti maksimum di dalam kelas tersebut mengambil kira penjarakan sosial dan pastikan tidak melebihi 20 murid kecuali di dalam ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah.

Bagi sesi rehat, murid akan makan dan minum di dalam kelas masing-masing dibawah pengawasan guru. Segala makanan dan minuman akan siap dibungkus.

Sebelum sesi persekolahan bermula, setiap orang pastikan suhu badan tidak melebihi 37.5⁰C atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Kepada semua guru, murid dan pekerja sekolah, mereka digalakkan memakai face mask selama berada di dalam kawasan sekolah.

Pihak KPM, JPN dan PPD akan berganding bahu dengan membuat pantauan dari semasa ke semasa ke skeolah bagi memeriksaan pematuhan SOP yang telah ditetapkap ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here