advertisement

Hari ini Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan penangguhan dahulu kemasukan pelajar baharu dan pelajar lama yang datang dari kawasan zon merah COVID-19 ke IPT seluruh Malaysia. Sila ambil perhatian kepada yang berkaitan.

Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad melalui kenyataan media yang dikeluarkan menerusi facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

Isi kandungan

Penangguhan Kemasukan Pelajar Dari Kawasan Zon Merah COVID-19 Ke IPT

kemasukan pelajar baharu

Berikutan peningkatan kes COVID-19 di beberapa daerah di negara ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyarankan kepada semua Istitusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.

BACA : Kemasukan Pelajar IPT Berperingkat Bermula Julai Sehingga Oktober 2020

Proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit bolehlah dilakukan secara dalam talian. Para pelajar boleh pulang ke kampus masing-masing mengikut SOP sedia ada setelah keadaan kembali pulih.

Pelajar Bukan Dari Zon Merah

Bagi pelajar yang bukan dari kawasan zon merah, kemasukan ke IPT kekal mengikut akademik IPT masing-masing. Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.

KPT sekali lagi menegaskan bahawa semua IPT telah diarah untuk memastikan pelaksanaan aktiviti akademik di kampus mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan dan mengutamakan langkah-langkah keselamatan.

Pada masa yang sama, diharap kepada semua pelajar terus mengambil langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan, pakai face mask dan amalkan penjarakan fizikal

sumber : KPT

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here