Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
UniSZA Dan UMT Akan Digabungkan?

Adakah selepas ini kita akan lihat hanya sebuah universiti awam sahaja di Terengganu bila UniSZA dan UMT akan digabungkan? Itulah mungkin persoalan yang timbul selepas ini jika ianya terjadi.

Baru-baru ini kita telah mendengar dimana Jabatan Pendidikan Tinggi, JPT mencadangkan dimana Universiti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu dan juga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, Terengganu akan digabungkan dibawah satu pentadbiran.

UniSZA Dan UMT Akan Digabungkan?

Baca juga : Permohonan Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Peringkat Kedua

Hari ini pihak JPT telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan perkara ini di mana memberitahu diawal perkara bahawa pihak Jemaah Menteri telahpun bersetuju secara perinsip dimana UniSZA dan UMT akan digabungkan.

Adakah UniSZA Dan UMT Akan Digabungkan?

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan tersebut, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi mengeluarkan beberapa sebab kenapa perlunya UniSZA dan UMT akan digabungkan

  • Ianya dilihat sebagai salah satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutamanya dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi, selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
  • Selain itu, ianya juga akan memacu pembangunan industri negeri Terengganu di samping menangani persaingan sesama universiti untuk mendapatkan pelajar, kakitangan dan sumber.
  • Penggabungan ini dibuat bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi nilai tambah kepada pelajar dan seluruh warga universiti.
  • JPT juga memberi contoh di mana, ianya juga telah dilaksanaka oleh universiti lain di luar negara seperti University of Manchester dan University of Manchester Institute of Science & Technology (UMIST) di United Kingdom. Ada juga berlaku di Amerika Syarikat dan Australia.

UniSZA Dan UMT Akan Digabungkan?

Baca kenyataan media penuh daripada pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah

UniSZA Dan UMT Akan Digabungkan?

Katanya UniSZA dan UMT akan digabungkan akan berlaku kerana Kementerian memberi makluman positif dengan cadangan ini dan kini sedang menyediakan kerangka bagi pelaksanaanya.

Gerak kerja yang merangkumi semua pihak ini dijangka akan mengambil masa selama 6 bulan katanya.

Jadi kepada warga universiti amnya dan juga warga UniSZA dan UMT khususnya adalah anda bersetuju dengan cadangan penggabungan ini?

Kalau ianya berlaku sekali pun, apa agaknya nama universiti yang digunakan kelak Universiti Pantai Timur? UPT? Macam best kan

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain