UPUOnline kini berkembang ke arah lebih maju dengan menyediakan UPUPocket. Ianya merupakan sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh calon yang memohon UPUOnline.

25 Februari 2019 (Isnin) baru ini, secara rasminya permohonan UPUOnline telah dibuka khususnya bagi lepasan SPM dan juga lepasan STPM / Setaraf. Jadi sudah pastinya rata-rata pelajar lepasan SPM sudah mula dapatkan No Unik ID bagi membuat pendaftaran di UPUOnline.

Bagi yang tidak ketahui lagi, keputusan SPM masih lagi tidak lagi diumumkan jadi permohonan awal UPUOnline ini bagi mengemaskini semua maklumat peribadi sehingga tarikh tutup yang diumumkan iaitu 2 April 2019. Jadi selama tempoh ini, pelajar boleh mengemaskini sebanyak mungkin sehingga keputusan SPM diumumkan kelak. Juga bagi lepasan STPM 

Sebagai alternatif, pihak UPUOnline mengeluarkan inisiatif yang lebih mudah kepada pemohon dengan mengeluarkan aplikasi UPUPocket di mana anda boleh akses UPUOnline anda melalui smartphone anda sahaja tanpa membuka laman web rasmi UPU.

Kelebihan aplikasi UPUPocket ini, sudah tentu anda boleh akses permohonan UPUOnline anda bila-bila masa dan dimana sahaja dengan hanya menggunakan aplikasi. 

Kelebihan UPUPocket

Di sini anda boleh membuat semakan kelayakan kemasukan. Selain daripada itu, anda boleh mengetahui status permohonan UPU anda disamping itu anda juga boleh ketahui kuputusan permohonan dan rayuan kelak. Aplikasi juga disediakan ePanduan bagi mengetahui pelbagai informasi berkaitan permohonan UPU ini.

Anda boleh muat turun aplikasi UPUPocket di sini

Pengguna Android : UPUPocket
Pengguna iOS : UPUPocket

upupocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here