advertisement

Berita baik untuk anak Negeri Sembilan, anda kini boleh mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa bagi pelajar di pelbagai peringkat pengajian di IPT.

Bantuan ini bertujuan bagi membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Bantuan sebanyak RM100 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

bantuan sara hidup mahasiswa

Isi kandungan

Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

Bagi Tahun 2020, permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan perlu dibuat melalui talian terus (online) mengikut kawasan DUN tempat tinggal masing-masing.

Setiap DUN telah disediakan link untuk pemohon memohon mengikut tempat DUN masing-masing.

Contoh: Pemohon yang tinggal dikawasan DUN Sikamat ,perlu menggunakan link DUN Sikamat untuk memohon.

ChennahTemiangPertangRepah RahangGemas
Bukit KepayangSri TanjungSeremban JayaLinggiLenggengBagan Pinang
LobakKotaSenalingSikamatSungai LuiAmpangan
JuassehMambau BahauGemenchehChuahJohol
LukutJeram PadangPalongParoiLabuNilai
Kuala KlawangSertingKuala PilahSeri MenantiRantauChembong

Selain itu, bagi penerima BSH Mahasiswa 2019 juga perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan bantuan ini.

BACA : Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT, iBITA Negeri Pulau Pinang Sudah Dibuka

Syarat Permohonan

  1. Pendapatan ibu bapa / isi rumah kurang dari Rm 3930.00 (B40)
  2. Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke atas
  3. Peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana di IPTA dan POLITEKNIK
  4. Pemohon anak kelahiran Negeri Sembilan (05/59/31)
  5. Ibu ATAU bapa lahir di Negeri Sembilan
  6. Jika tidak lahir di Negeri Sembilan dan Telah menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil sekolah rendah dan menengah melalui pejabat Dun
  7. Pemohon yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkan
  8. Ibu atau bapa mestilah penerima BSH
  9. Borang permohonan yang tidak lengkap (tidak menjawab semua ruangan) tidak akan diproses
  10. Mendapat pengesahan daripada Pejabat DUN dan Pihak Universiti

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan di www.yns.gov.my anda hubungi pihak YNS di

Tel : 06-762 8046
Emel : admin@yns.gov.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here