advertisement

Dijangkakan sehingga penghujung Mac ini, beberapa tempat di seluruh Malaysia akan mengalami cuaca panas berdasarkan Jabatan Mateorologi Malaysia iaitu melanda bahagian Barat Semenanjung dan juga di negeri Sabah.
Fenomena cuaca panas yang berlaku ini merupakan fenomena biasa yang melanda Malaysia setiap tahun berikutan penghujung monsun timur laut dilaporkan oleh MetMalaysia

Panduan Murid Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas
Jadi kepada murid-murid sekolah khususnya mestilah sentiasa menjaga kesihatan salama berada di sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri berkongsi khasnya kepada murid sekolah supaya kekas sihat ketika cuaca panas

Petua Murid Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas

  1. Menangguhkan aktiviti luar bilik darjah jika terlalu panas. Jika cikgu dapati hari terlalu panas ketika itu, mungkin cikgu-cikgu boleh menangguhkan aktiviti tersebut atau buat di tempat yang lebih redup bagi mengelakkan cuaca panas.
  2. Memantau aktiviti murid yang boleh mendedahkan mereka kepada cuaca panas. Mungkin cikgu perlu membuat lebih pantauan ketika cuaca panas berlaku terhadap murid-murid yang bermain di bawah panas terik cahaya matahari bagi mengelakkan keadaan yang buruk berlaku.
  3. Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah masing-masing. 
  4. Memberikan nasihat dan galakan kepada murid supaya mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai. Cikgu mungkin boleh menasihatkan murid-murid supaya bawa bekalan minuman lebih ke sekolah bagi mengelakkan dehydration ketika cuaca panas.
  5. Bekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber.
  6. Waspada dan bekerjasama dengan klinik/hospital jika berlaku sebarang komplikasi kepada murid. Bertindaklah segera jika berlaku apa-apa perkara yang tidak baik kepada murid ketika cuaca panas melanda negara dengan membawa ke pihak yang sepatutnya.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here