Bermula 1 Januari 2021, semua Pelajar Antarabangsa dibenarkan pulang ke Kampus di Malaysia kecuali mereka yang datang dari United Kingdom.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang harian beliau baru-baru ini.
Keputusan ini mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas permohonan dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membenarkan pelajar antarabangsa (international students) untuk pulang ke kampus pada sesi 2021 kelak.
Walaubagaimanapun, pengecualian dibuat bagi mereka atau pelajar yang datang daripada United Kingdom.
Isi kandungan
Kebenaran Pelajar Antrabangsa Pulang Ke Malaysia

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang membenarkan mereka kembali ke Malaysia. Kebenaran ini merangkumi pelajar yang telah diterima masuk ke Universiti Awam atau Swasta dan juga telah mempunyai tempat tinggi ketika berada di Malaysia.
SOP Dikenakan
Mereka perlulah juga melalui Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia iaitu melakukan swab test COVID-19 dan juga dikuarantin apabila tiba kelak.
BACA : Tangguh Dahulu Kemasukan Pelajar Baharu Dan Lama Dari Kawasan Zon Merah COVID-19 Ke IPT
Pelajar tersebut perlu menjalani ujian COVID-19 3 hari sebelum berangkat ke Malaysia dan juga apabila sudah sampai di Malaysia. Dan kesemua kos adalah tanggungan sendiri oleh pelajar tersebut.
Menteri Kanan (Keselamatan) juga memberitahu, ibubapa pelajar juga dibenarkan untuk menghantar anaknya ke Malaysia dan mereka juga perlulah menjalani prosedur yang sama.