advertisement

Anugerah Akademik Negara (AAN) 2019 edisi ke-13 telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 29 Oktober 2019 di Palace of the Golden Horses, Selangor.

Turut hadir pada malam anugerah tersebut, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM.

Baca Juga : Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 Tawar Hadiah Hampir RM50,000

Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan tujuan penganjuran AAN ini adalah dengan memberikan sanjungan dan pengiktirafan tertinggi kepada para sarjana di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia yang telah memberi sumbangan dalam bidang pengajaran, penemuan ilmu, penerbitan ilmiah dan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu pada peringkat kebangsaan dan global serta bersifat multifungsional dan multiorganisasional.

Senarai Pemenang Anugerah Akademik Negara 2019

Seramai sembilan (9) penerima daripada enam (6) kategori telah menerima anugerah berprestij berkenaan. Senarai penerima adalah seperti berikut:

1. Anugerah Tokoh Akademik Negara
Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
– Prof. Datuk Dr. Abdul Khalil H P Shawkataly (Bidang Sains), Universiti Sains Malaysia (USM)
– Prof. Dr. Sherina binti Mohd Sidik (Bidang Sains Sosial dan Sastera), Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Prof. Dr. Lai Oi Ming, Universiti Putra Malaysia (UPM)

4. Anugerah Seni dan Kreativiti
– Dr. Ang Mei Foong (Kelompok Seni Persembahan), Universiti Putra Malaysia (UPM)
– Prof. Madya Jalaini bin Abu Hassan (Kelompok Seni Visual), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
– Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin (Kelompok Penulisan Kreatif), Universiti Putra Malaysia (UPM)

5. Anugerah Pengajaran
Dr. Shahreza bin Md. Sheriff (Kelompok Sains Gunaan), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

6. Anugerah Ahli Akademik Harapan
Prof. Madya Dr. Oon Chern Ein, Universiti Sains Malaysia (USM)

sumber : facebook Kementerian Pendidikan Negara

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here