advertisement

Pada 3 Februari yang lalu, sebanyak 3,600 peranti pintar akan disumbangkan kepada murid yang memerlukan melalui program Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan. Bantuan ini diumumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato Seri Haji Aminuddin Harun.

inisiatif peranti kerajaan negeri sembilan

Melalui bantuan ini, para murid khususnya dari golongan yang memerlukan dan juga luar bandar akan menerima peranti Samsung Galaxy Tab A bagi mengikuti PdPR dengan baik sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Setiap ADUN/Penyelaras DUN akan menerima 100 unit Galaxy Tab A bagi seluruh 36 DUN di Negeri Sembilan. Manakala selebihnya akan disalurkan menerusi Pejabat Exco Pendidikan dan Modal Insan

Permohonan Bantuan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan

Permohonan ini boleh dibuat bermula 15 Februari 2021 iaitu melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing. Untuk borang, boleh didapati di pautan dibawah.

Pemohon perlu dapat 2 borang iaitu borang permohonan dan juga borang pengesahan pendapatan seperti yang dilampirkan dalam pautan diatas atau lampiran gambar dibawah. Kemudian hantar ke pusat khidmat DUN masing-masing

Syarat Permohonan

Antara syarat permohonan adalah :

  • Pelajar dari kawasan DUN masing-masing sahaja
  • Pelajar dari keluarga yang berpendapatan susah dan keutamaan kepada mereka yang masih tidak mempunyai sebarang peranti yang berkesan dalam proses pembelajaran di rumah
  • Keutamaan diberi kepada pelajar IPT diikuti pelajar tingkatan 6, kemudian pelajar tingkatan 5, tingkatan 4, seterusnya pelajar Sekolah Menengah Rendah sebelum diberi kepada pelajar Sekolah Rendah yang juga menurut turutan daripada darjah yang di atas sebelum menurun ke bawah

Semoga inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sembilan ini memberi manfaat khususnya kepada penduduk setempat. Mungkin Kerajaan Negeri lain juga patut contohi seperti ini supaya lebih ramai murid-murid dan pelajar IPT akan mendapat akses pembelajaran secara online.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke Pusat Khidmat DUN kawasan masing-masing.

sumber : YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here