advertisement
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.
Jadi dengan itu pihak Yayasan Peneraju mengalu-alukan kepada lepasan SPM atau Pelajar Tahun Pertama Diploma/Sarjana Muda bagi memohon peluang pembiayaan pengajian untuk tahun 2019
Isi kandungan
Tarikh Permohonan
1. Peneraju Tunas Potensi – 31 Januari 2019 sehingga 20 Februari 2019
2. YSD (Peneraju Tunas Potensi Bursary) – 11 Februari 2019 sehingga 12 Mac 2019
3. Peneraju Tunas Potensi Bantuan Awal Pengajian – Akan diumumkan kelak
Jika anda dari keluarga bependapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah dan dari latarbelakang yang mencabar, anda mungkin layak untuk program pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Pontensi yang terbuka kepada lepasa SPM/STPM/STAM/Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Pelajar Tahun Pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda
Skop Pembiayaan
- Yuran pengajian
- Elaun bulanan
- Elaun buku
- Elaun penginapan
- Program pemupukan dan pembangunan
- Program persedian Bahasa Inggeris
Untuk maklumat lebih terperinci tentang skop pembiayaan anda tekan lihat link di bawah:
Segala syarat-syarat dan permohonan anda perlu layari:
Pertanyaa lanjut boleh di buat : 03-27279002 / 9013 / 9016
advertisement