advertisement

Sekarang sedang berlangsung Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf yang dianjurkan oleh pihak Karangkraf manakala Pesta Buku Big Bad Wolf akan bermula di Pahang pada 28 Februari ini diikuti dengan beberapa tempat lagi. 
Pada bulan Mac nanti akan berlaku juga acara tahunan iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) 2019 atau Kuala Lumpur International Book Fair 2019.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 Akan Berlangsung Mac Ini
Maklumat berkaitan dengan PBAKL:
Tarikh : 29 Mac 2019 – 7 April 2019
Masa : 10 Pagi – 9 Malam
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun.
Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.
Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.klibf.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here