advertisement

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 1,517 murid di seluruh negara kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.

Menurut laporan Harian Metro, KPM berkata angka ini direkodkan antara Mac 2020 sehingga Ogos ini apabila ramai ramai pelajar yang telah disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu.

Katanya lagi, angka ini disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkap pembelaan sewajarnya.

“Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding 5 juta pelajar di seluruh negara ketika ini, tetapi isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini telah diambil perhatian serius”

KPM kini telah telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa tersebut.

Menurutnya kali, KPM telah menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memasikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada murid atau golongan yang terlibat.

“Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM” katanya.

murid sekolah

Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan seramai 33 kanak-kanak di seluruh negara dikenal pasti KPWKM menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurutnya lagi, kementerian mengambil inisiatif membuka penempatan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akibat Covid-19 di tujuh institusi mengikut zon seluruh negara.

Antaranya adalah di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena, Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, Melaka, TSP Cheras, Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka, RKK Mini Kelantan, TSP Kota Kinabalu dan TSP Kuching sebagai penempatan kanak-kanak sama ada secara sementara atau tetap.

Diharapkan selepas ini, peningkatan kematian dapat dielakkan dan mana-mana pelajar yang terkesan dapat dibela dan dijaga dengan baik.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here