advertisement

Bagi murid sekolah yang tengah menjalani PdPR dan sedang mencari sebuah tablet pembelajaran. Ini ada 10 senarai Tablet Terbaik di bawah RM1000 sesuai untuk PdPR untuk tahun 2021.

Kita sedia maklum, disebabkan pandemik Covid-19 sesi persekolahan secara bersemuka terpaksa dibatalkan dan ditukar kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau nama ringkas PdPR.

BACA : Pinjam eBook Daripada Perpustakaan Negara

Oleh itu, sesi pembelajaran ini memerlukan sebuah peranti sama ada telefon bimbit, tablet, laptop mahupun sebuah komputer bagi melaksanakan tugasan atau komunikasi secara online.

Ibu bapa mahu sediakan sebuah peranti dengan saiz yang lebih besar skrinnya tetapi tidak mampu untuk sediakan laptop yang mahal. Jadi boleh dapatkan peranti tablet dengan skrin besar yang pastinya harga lebih murah.

BACA : 5 Laptop Terbaik Harga Bawah RM1500 Untuk Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar

Oleh itu, kepada penjaga atau ibu bapa yang memiliki sebuah tablet terbaik dengan harga bawah RM1,000 anda boleh tengok senarai disini.

10 Senarai Tablet Terbarik Harga Di Bawah RM1000

Mungkin senarai ini dapat membantu pihak yang memerlukan untuk mendapatkan tablet terbaik dengan harga yang lebih murah.

1) Lenovo Tab M10

Lenovo Tab M10

Android 10 | 10.2″ FHD+ IPS | 4GB RAM + 64GB ROM | 5000 mAh | Kamera Utama : 8MP | Kamera Selfie : 5MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Tablet Lenovo M10 sesuai untuk murid sekolah. Ini kerana ianya mempunyai ciri pengawasan kanak-kanak yang lebih selamat. Anda boleh hadkan atau pantau kegunaan seharian. Bagi mereka guna sekadar yang perlu termasuk dalam sesi pembelajaran sahaja.

Selain itu, tablet ini juga menawarkan skrin resolusi dengan kualiti yang baik disamping speaker yang lantang dengan ciri Dolby Atmos tersedia di dalamnya. Akan tetapi ianya masih menggunakan sambungan USB 2.0 walaupun sudah tahun 2020

2) Teclast M40

Teclast M40

Android 11 | 10.1″ FHD IPS | 6GB RAM + 128GB ROM | 7000 mAh | Kamera Utama : 8MP | Kamera Selfie : 5MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Jika anda inginkan sebuah tablet terbaik dengan daya ketahanan bateri yang tinggi, anda boleh cuba Teclast M40. Ianya mampu bertahan lebih kurang sehari penggunaan.

Selain itu, saiz storan yang ditawarkan juga cukup besar, jadi banyak bahan pembelajaran yang boleh disimpan seperti file, video-video pendidikan, lagu atau nak simpan movie pun boleh

3) Huawei MatePad T10s

Huawei MatePad T10s

Harmony | 10.1″ FHD IPS | 2GB RAM + 32GB ROM | 5100 mAh | Kamera Utama : 5MP | Kamera Selfie : 2MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Huawei MatePad T10s juga sesuai untuk murid yang menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas online. Ini kerana ianya tidak menawarkan aplikasi Google kerana tidak lagi menyokong sistem Android di dalamnya.

Akan tetapi, ciri-ciri yang ditawarkan lain masih baik seperti ketahanan, warranti, kualiti dan saiz skrin serta banyak lagi. Walaupun penawaran storan hanya 32GB, tetapi masih boleh ditambah menerusi kad SD sehingga 512GB.

4) ALLDOCUBE iPlay 40

tablet terbaik ALLDOCUBE iPlay 40

Android 11 | 10.4″ 2K | 8GB RAM + 256GB ROM | 6200 mAh | Kamera Utama : 8MP | Kamera Selfie : 5MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Sebuah tablet yang hampir sempurna dan sesuai untuk kaedah PdPR dengan harga bawah RM1000. Sebuah tablet dengan saiz besar beserta kualiti skrin sehingga 2K.

Tidak cukup dengan itu, mempunyai 4 speaker yang berada di 2 atas dan 2 bawah. Selain itu, ianya juga boleh buat panggila telefon juga. Akan tetapi, setakat ini, anda hanya boleh dapatkan daripada seller Shopee dari China sahaja

5) Samsung Galaxy Tab A7 (2020)

Samsung Galaxy Tab A7 (2020)

Android 10 | 10.4″ FHD | 3GB RAM + 32GB ROM | 7040 mAh | Kamera Utama : 8MP | Kamera Selfie : 5MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Antara tablet yang laris sejak pelaksanaan PdPR tahun 2020 yang lalu. Ianya menawarkan 2 saiz iaitu 10 inci dan 8 inci. Yang keduanya mempunyai hampir sama dalam spesifikasi.

Galaxy Tab A7 dan A7 Lite Wifi menawarkan storan kecil tetapi boleh ditambah menggunakan mikro SD. Selain itu dengan skrin kualiti FHD, sangat sesuai untuk murid menggunakan sesi pembelajaran. Supaya boleh nampak dengan lebih jelas

6) Teclast T40

Teclast T40

Android 11 | 10.4″ FHD | 8GB RAM + 128GB ROM | 6600 mAh | Kamera Utama : 8MP | Kamera Selfie : 5MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Sebuah lagi tablet jenama Teclast yang anda boleh dapatkan harga bawah RM1000 tetapi dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding Teclast M40.

Dengan penambahan RAM, anda boleh mainkan pelbagai aplikasi tanpa sebarang lag dalam satu-satu masa. Selain itu juga, kualiti skrin juga ditambah baik dan pastinya lebih terang. Tablet ini yang best boleh buat panggila telefon

7) MaxPad i10

MaxPad i10

Android 10 | 10.1″ FHD | 4GB RAM + 64GB ROM | 6000 mAh | Kamera Utama : 5MP | Kamera Selfie : 2MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Bagi yang tiada wifi dirumah, peranti ini menyediakan ruang dual kad sim atau secara hybrid iaitu 1 kad sim + kad sd. Jadi tiada masalah untuk dapatkan internet iaitu dapatkan dengan cara beli data sahaja.

Apa yang best pada tablet ini, face unlock disediakan bagi ciri sistem sekuriti. Manakala ciri lain, sama seperti tablet yang disenaraikan. Pastinya sesuai untuk sesi PdPR anak-anak anda.

8) Lenovo Tab M8

Lenovo Tab M8

Android 9 | 8″ HD | 2GB RAM + 32GB ROM | 5000 mAh | Kamera Utama : 5MP | Kamera Selfie : 2MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Untuk penggunaan yang lebih mobile sesuai untuk dapatkan jenama Lenovo Tab M8 ini. Kerana saiznya dan juga beratnya. Hanya sekitar 300 g sahaja. Jadi sesuai untuk dibawa kemana-mana.

Walaupun saiz tabletnya sedikit kecil berbanding tablet lain, ianya masih menawarkan spesifikasi yang baik termasuklah ciri audio dual Dolby Atmos. Memang sedap lah bunyi speaker dia

9) Blackview Tab 8

tablet terbaik Blackview Tab 8

Android 10 | 10.1″ FHD | 4GB RAM + 64GB ROM | 6580 mAh | Kamera Utama : 13MP | Kamera Selfie : 5MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Sesi PdPR pasti biasa untuk panggila video menerusi aplikasi Zoom atau Google Meet. Jadi tablet ini menawarkan kamera selfie dan kamera utama yang tinggi dan berkualiti. Jadi wajah anak anda akan nampak lebih terang.

10) ALLDOCUBE iPlay 20

ALLDOCUBE iPlay 20

Android 10 | 10.5″ FHD | 6GB RAM + 128GB ROM | 7000 mAh | Kamera Utama : 5MP | Kamera Selfie : 2MP | 1 Tahun Warranti | 4G + WiFi

Akhir sekali, antaraa tablet terbaik yang ibu bapa boleh dapatkan untuk anak-anak bagi sesi PdPR adalah daripada jenama ALLDOCUBE iPlay 20.

Sebuah tablet yang menawarkan ciri spesifikasi yang terbaik seperti mempunyai kapasiti bateri yang besar, saiz skrin yang lebar sesuai untuk panggilan video serta menawarkan storan yang besar sehingga 128GB dan boleh ditambah sehingga 246GB lagi.

BONUS 11) iPAD Mini 4

ipad mini 4

iOS 14 (Used) | 7.9″ HD | 2GB RAM + 32GB ROM | 5124 mAh | Kamera Utama : 8MP | Kamera Selfie : 1.2MP | 3 Bulan Warranti | 3G + WiFi

Anda masih boleh dapatkan sebuah iPad yang berfungsi sama seperti tablet android dengan harga bawah RM1000. Tetapi hanya kualiti used sahaja. Boleh dapatkan daripada seller China. Kualiti sehingga 95% sepertinya masih cukup baik untuk kegunaan ringan seperti sesi PdPR.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here