advertisement

Berita baik kepada universiti terpilih, YTL Foundation tawarkan SIM kad YES 4G bagi memudahkan para pelajar untuk belajar dari rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Kita sedia maklum, sehingga kini, universiti tidak lagi membuka sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berikuti penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Baru-baru ini juga, KPT juga telah mengumumkan dimana sesi PdP hanya akan dijalankan menerusi online sahaja sehingga Disember 2020 dan tiada sesi yang dijalankan secara bersemuka. Jadi para pelajar hanya duduk di rumah untuk belajar termasuklah juga para pensyarah.

YTL Foundation Tawarkan SIM Kad YES 4G

sim kad yes

Oleh itu, pihak YTL Foundation tampil dengan inisiatif terbaru bagi membantu para pelajar untuk belajar dari rumah bagi dapatkan akses internet yang mencukupi. Pihak YTL Foundation telah bekerjasama dengan YES dan FrogAsia bagi menyediakan data mudah alih iaitu SIM Kad YES 4G secara percuma kepada pelajar universiti.

Maklumat lanjut boleh pergi ke pautan ytlfoundation.org/learnfromhomeuni-bm/

Pakej yang diberikan adalah:

  1. PERCUMA Satu (1) Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES
  2. Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan

Cara Memohon

Setakat ini hanya beberapa universiti yang menerima tawaran daripada YTL Foundation ini iaitu seperti senarai dibawah. Anda juga boleh mohon melalui pautan yang disediakan bagi setiap universiti yang layak

UniversitiMohon Disini
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)learnfromhomeusm
UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)learnfromhomeutar
NEW ERA UNIVERSITY COLLEGE (NEUC)learnfromhomeneuc
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)learnfromhomeump
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)learnfromhomeukm
MALAYSIAN INSTITUTE OF ART (MIA)learnfromhomemia
UNIVERSITI MALAYA (UM)learnfromhomeum
INTERNATIONAL MEDICAL COLLEGE MALAYSIA (IMC)learnfromhomeimc
INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA (IMU)learnfromhomeimu
UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF)*akan datang
*senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dihubungi melalui SMS atau emel yang diberi. Kemudian, SIM Kad tersebut akan dihantar terus kepada anda.

Untuk senarai penuh peranti/ telefon mudah alih yang disokong menggunakan SIM Kad YES 4G ini, sila layari www.yes.my/supported-devices

Jika universiti anda tiada dalam senarai, pihak pengurusan universiti dijemput untuk memohon dan menulis kepada pihak YTL Foundation di ytlfoundation@ytl.com.my bagi menyertai inisiatif ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ytlfoundation.org/learnfromhomeuni/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here