advertisement

Berita baik untuk adik-adik dan ibubapa, kini TV Pendidikan sudah ada di 3 saluran iaitu TV Okey (RTM), Astro dan yang terbaru di NTV7.

Kenyataan ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) baru-baru ini dengan penambahan slot program TV Pendidikan terbaru yang diberi nama DIDIKTV@NTV7 di Saluran NTV7.

Kerjasama KPM bersama Media Prima Berhad (MPB) milik NTV7 ini adalah inisiatif tambahan kepada slot TV Pendidikan yang sebelum ini disiarkan menerusi saluran TV Okey (RTM) dan Saluran Tutor TV, di Astro.

BACA : Jadual Pembelajaran Atas Talian Melalui Saluran TV Okey, RTM

Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha supaya membolehkan murid-murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran, terutamanya semasa dimasa PKPB yang menyebabkan kini semua sekolah ditutup.

Inisiatif ini juga adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran secara online yang kini sedang berjalan. TV mungkin semua kawasan dapat akses berbanding sambungan internet kan.

tv okey

TV Pendidikan DidikTV@NTV7

TV Pendidikan di TV Okey dan Tutor TV kini sudah pun boleh diakses oleh murid-murid tetapi DidikTV@NTV7 ini akan mula bersiaran pada 23 November 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Program ini akan disiarkan selama 3 jam pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Jadi jumlah Slot TV Pendidikan (TV Okey, Tutor TV, NTV7) kini adalah sebanyak 9 jam sehari dan disiarkan setiap hari isnin hingga jumaat.

TV Okey, RTM = MYTV110, Astro CH146, myklikrtm
Tutor TV, Astro = CH601, CH603
NTV7 = Tonton, MYTV107, Astro CH147

Jadual Rancangan TV Pendidikan

Setiap hari pastinya kandungan TV Pendidikan adalah berbeza mengikut darjah. Jadi untuk anda dapatkan jadual rancangan, anda boleh melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau melalui media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Contoh jadual rancangan

Jadi selain pembelajaran secara online ketika berada di rumah, ibubapa juga boleh dapatkan akses pembelajaran untuk anak-anak melalui TV selepas ini.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here