advertisement

Tahun 2020 akan tiba pada rabu ini dan pad hari tersebut masuklah kita ke zaman 20’s pula. Permulaan kepada no 20 kan. Pastinya pelbagai perkara baru yang akan kita dapat lihat dan rasai ketika tahun baru yang akan datang ni.

Perkara baru dari segi intiatif Kerajaan adalah perkara yang kita tunggu-tunggukan sehingga kini. Setiap tahun pastinya ada perkara baik yang diberi dan kadang sebaliknya. Jadi untuk lihat apakah perkara atau intiatif daripada Kerajaan ini bagi tahun 2020, jom baca dibawah.

10 Perkara Anda Perlu Tahu Bila Tiba Tahun 2020

#1 – Dengan Terhadap Perokok Yang Merokok Di Premis Perniagaan

Jika tahun 2019 sebelum ini, pihak Kerajaan telah menegaskan dan telah memberi amaran kepada mana-mana perokok yang degil dengan menghembuskan asap di premis makanan. Jadi bagi tahun 2020, pihak Kerajaan telah memberi tahu, mereka akan mengeluarkan sama sehingga RM300 kepada pesalah yang merokok di premis makanan. Ingat! 3 meter tau

#2 – Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah Melalui Program Sarapan Percuma (PSP)

Berita baik untuk murid sekolah rendah, mulai tahun 2020 nanti, murid semua dapat sarapan percuma tau bermula 7 pagi setiap hari bagi sekolah sesi pagi dan 12 tengah hari bagi sekolah sesi petang. Jadi tak perlu berlapar lagi la bila di sekolah nanti.

Baca Juga : Tips Kembali Ke Sekolah Bagi Murid-Murid

#3 – Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Diwajibkan

Bermula tahun 2020, kepada pengguna yang menggunakan kenderaan peribadi, Kerajaan telah mewajibkan penggunaan Carseat Baby bagi tujuan keselamatan. Tetapi tiada saman kepada mereka yang ingkar bagi 6 bulan pertama.

#4 – Gaji Minimum Dinaikkan Menjadi RM1200 Bagi 57 Bandar Utama

Kerajaan memberi khabar gembira kepada semua dimana gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1200 sebulan daripada RM1100 sebelum ini. Ianya melibatkan 57 buah bandar utama di seluruh Malaysia.

#5 – Tiada Lagi Aliran Sains Dan Sastera Bagi Tingkatan 4

Sistem pendidikan sebelum ini, pelajar tingkatan 4 akan diasingkan kelas mengikut aliran sama ada aliran sains, sastera, akaun dan sebagainya. Tetapi bermula tahun 2020, tiada lagi sistem aliran ini tetapi pelajar bebas untuk memilih matapelajaran mengikut minat masing-masing.

#6 – Pulau Pangkor Menjadi Pulau Bebas Cukai

Bermula tahun 2020 nanti, Pulau Pangkor diiktiraf sebagai pulau bebas cukai sama seperti di Langkawi. Jadi disini, sistem cukai SST tidak akan dikenakan kecuali bagi penjualan minuman keras.

#7 – Tulis Jawi Digunapakai Di Premis Bagi Negeri Pahang

Jika anda lihat premis perniagaan terutamanya di Kelantan dan Terengganu, mereka mewajibkan penggunaan tulisan jawi disamping tulisan rumi. Jadi sebuah lagi negeri Pantai Timur akan mengikut jejak langkah ini. Bermula tahun 2020, Kerajaan Negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi bagi setiap premis perniagaan.

#8 – Cukai SST Diaplikasikan Kepada Perkhidmatan Digital

Nampaknya mungkin kita akan membayar sedikit mahal daripada harga biasa yang dibayar pada tahun 2019. Jika anda melanggan spotify, netflix, membeli perisisian dan sebagainya, mulai tahun 2020, cukai 6% akan dikenakan.

#9 – Hanya Pendapatan Isi Rumah RM4000 Ke Bawah Layak Terima Air Percuma Di Selangor

Ianya di bawah program Skim Air Darul Ehsan dimana hanya pendapatan isi rumah RM4000 ke bawah sahaja layak terima air percuma di negeri Selangor. Kalau tahun sebelum ini, seluruh rakyat Selangor menikmati air percuma tetapi kini tidak lagi. Dah mohon belum skim ni?

#10 – Anggota RELA menerima Kenaikan Elaun RM2 Sejam

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta bermula tahun 2020.

Dalam banyak-banyak list ni, tiada pun kereta terbang. Punahlah imaginasi kami sebelum ini sempena Wawasan 2020 dengan adanya kereta terbang

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here