Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Tips Kembali Ke Sekolah Bagi Murid-Murid





Tips Kembali Ke Sekolah Bagi Murid-Murid | Esok Selasa, 1 Januari 2019 merupakan hari pertama persekolahan bermula bagi beberapa buah negeri seperti negeri Kedah dan Johor dan selebihnya bermula pada Rabu iaitu 2 Januari 2019. Jadi sudah tentunya bagi ibu bapa dan anak sudah pun menyiapkan kelengkapan lengkap bagi memulakan sesi persekolahan yang baru. Situasi sudah pastinya berbeza kepada murid yang pertama kali masuk alam persekolahan dan murid yang sudah tahun ke-2 atau lebih telah memulakan persekolahan.
Selain ibu bapa, anak-anak juga sepatutnya telah bersedia sepenuhnya sebelum memulakan persekolahan kelak. Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna kepada anak-anak untuk dipraktiskan ketika menjelang hari persekolahan. 

Tips Kembali Ke Sekolah

  1. Mungkin kebanyakan anak-anak sudah terbiasa tidur lewat ketika cuti persekolahan sebelum ini, jadi bermula malam ini, anak-anak perlulah masuk tidur awal supaya mendapat tidur yang cukup, sekali gus memberi mood yang ceria ketika bangun dan berada di sekolah nanti.
  2. Sebelum tidur, pastikan anak-anak menyediakan semua kelengkapan persekolahan dengan lengkap seperti baju, seluar, beg dan buku sekolah jika sudah dapat buku. Ini mesti dilakukan sehari sebelum sesi kelas bermula supaya tidak terlewat dan kelangkabut ketika bangun pagi.
  3. Anak-anak harus mengambil sarapan yang berkhasiat terlebih dahulu sebelum memulakan sesi kelas supaya tidak lapar dan boleh fokus di dalam kelas nanti. 
  4. Jika buat pertama kali untuk pergi ke sekolah tersebut, lawat dan kenali kawasan sekolah tersebut dan kawasan sekitarnya supaya kelak mudah untuk sampai bagi mengelak lewat.
  5. Kenali seramai kawan yang boleh dan cubalah bergaul dan berkawan dengan baik. Pengaruhilah mereka dengan sikap positif dan kebaikkan.
  6. Jagalah keselamatan ketika hendak pergi ke sekolah dan juga ketika hendak pulang. Melintas di kawasan yang disediakan dan jika ada jejantas, sila gunakan.
  7. Sentiasa berdoa supaya berada di dalam keselamatan dan sentiasa dilindungi daripada kejahatan yang nampak dan tidak nampak.
Mungkin banyak lagi tips berguna yang boleh dikongsikan kepada semua, jika anda ada idea untuk tips kembali ke sekolah, anda boleh kongsi di ruangan komen.
Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain