Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
bertemakan guru dan pendidikan

Filem yang disenaraikan yang bertemakan guru dan pendidikan ini sebenarnya bukan bertujuan fokus kepada sesebuah golongan iaitu pendidik, tetapi ianya merangkumi semua golongan. Sebab itu dalam pendidikan, semua golongan terlebih sama ada langsung atau tidak langsung.

Jika anda mempunyai masa yang lebih, mungkin anda boleh luangkan masa sedikit menonton filem yang bertemakan pendidikan ini. Ianya pasti memberikan banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada filem-filem ini.

Buat guru atau pelajar yang tengah bercuti kini, jika tiada aktiviti, mungkin filem-filem ini dapat memenuhi ruang masa tersebut. Tontonlah filem dengan mengambil pengajaran yang sama ada tersurat mahupun tersirat.

20 Filem Bertemakan Guru Dan Pendidikan

#1 – Raatchasi (2019)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem ini pernah viral sebelum ini dimana Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee sendiri menonton dan memberikan feedback yang sangat positif berkaitan filem ini. Ianya berkisahkan seorang guru besar menabur bakti seluruhnya demi memberikan peluang pendidikan yang baik kepada anak muridnya walaupun terdapat banyak tentangan daripada pihak luar. Ianya filem daripada India.

#2 – Super 30 (2019)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem Super 30 mengisahkan seorang guru genius sanggup meninggalkan kerjaya glamour di sebuah kolej swasta dengan menubuhkan pusat akademi sendiri. Lebih menariknya, pusat tersebut hanya menerima 30 orang pelajar miskin dan pengajiannya adalah percuma. Dengan hal itulah, ada pihak yang tidak senang dengan itu dan terus mengacau dan memberi tekanan kepada guru tersebut bagi menutup pusat akademinya. Anda boleh baca review filem Super 30 disini. Filem ini juga dariapda India

#3 – Adiwiraku (2017)

bertemakan guru dan pendidikan

Mengisahkan mengenai cikgu muda, Cheryl Ann Fernando dengan cabarannya di sebuah sekolah kampung di Kedah. Cabaran dan kejayaan anak-anak di SMK Pinang Tunggal ini menjuarai pertandingan Choral Speaking digarap dengan baik dan penuh penghayatan. Filem adaptasi kisah benar dari Malaysia ini juga memenangi Anugerah Filem Terbaik 2017.

#4 – Aishah : Biarkan Kami Bersaudara (2016)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem dengan tema keagamaan ini mengisahkan seorang guru di Indonesia yang mengajar di sebuah sekolah jauh dari desanya, di komuniti yang jauh berbeza darinya. Menjadi guru atas wasiat bapanya, dapatkah Aishah menunaikan janji kepada bapanya?

#5 – Chalk and Duster (2016)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem Hindi ini adalah lakonan hebat Juhi Chawla dan Shabana Azmi mengisahkan kisah dua orang guru yang menyentuh perasaan. Kesungguhan dan minat mereka terhadap kerjaya mereka mendorong mereka untuk buat yang terbaik. Dugaan datang apabila, pentadbiran mengganggu urusan mereka.

#6 – Teacher’s Diary (2014)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem mengisahkan mengenai seorang guru lelaki yang baru ditugaskan untuk berkhidmat di sebuah sekolah jauh di pedalaman. Penuh keboringan, satu-satunya peneman guru ini adalah sebuah diari tinggalan seorang cikgu perempuan yang juga pernah bertugas di sekolah ini. Filem ini berlatar belakangkan di Thailand

#7 – Suck Me Shakespeer (2013)

bertemakan guru dan pendidikan

Kisah lucu mengenai seorang pencuri yang terpaksa menjadi guru kerana terperangkap di sebuah sekolah. Ini merupakan filem daripada negara Jerman

#8 – The Glove (2011)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem Korea ini sangat menyentuh perasaan. Berapa kali saya dah tonton, tapi tetap boleh mengalirkan air mata. Kisah bagaimana sekumpulan pelajar pekak dan bisu yang struggle untuk berlatih dan menyertai pertandingan besbol untuk daerah mereka. Sekalipun penuh dengan kekurangan, semangat mereka akhirnya menyentuh hati coach mereka yang pada mulanya langsung melihat sebelah mata.

#9 – Beyond the Blackboard (2011)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem TV ini adalah kisah perjuangan guru muda yang berdepan dengan ketakutan dan prejudis terhadap kanak-kanak homeless / gelandangan, sebelum beliau sendiri yang menjadi inspirasi kepada anak-anak tersebut untuk make a difference!

#10 – 3 Idiots (2009)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem ini rasanya, ramai sudah sedia maklum akan kehebatannya. Ini satu lagi cerita hebat lakonan Aamir Khan. Mengisahkan persahabatan 3 orang sekawan yang digelar ‘Si Bodoh’ kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

#11 – The Blindside (2009)

bertemakan guru dan pendidikan

Kisah sedih mengenai perjuangan seorang anak homeless dan trauma yang kemudiannya dibela oleh seorang wanita yang sangat penyayang. Perjuangan mereka sehingga anak homeless tersebut menempa kejayaan sehingga menjadi pemain American Football. Lakonan hebat Sandra Bullock dan Quinton Aaron.

#12 – Laskar Pelangi (2008)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang cukup meruntun jiwa pendidik. Mengisahkan perjuangan 10 murid di sekolah kawasan pedalaman yang jauh dari kota, dengan dua orang guru yang sangat menginspirasikan. Ianya merupakan filem keluaran Indonesia. Sepertinya sangat menarik untuk ditonton.

#13 – Freedom Writers (2007)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem Freedom Writers ini diangkat daripada sebuah kisah benar, mengenai seorang guru muda bernama Erin Gruwell. Berhadapan dengan kumpulan pelajar yang bermasalah, motivasi beliau berjaya memberi inspirasi kepada muridnya untuk bertoleransi sesama mereka, dan melanjutkan pelajaran.

#14 – Taare Zameen Par (2007)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem lakonan Aamir Khan ini rasanya cukup dekat dengan guru Malaysia. Mengisahkan kisah seorang guru, yang berdepan dengan pelajar yang ‘bermasalah’, sehingga lah guru tersebut mengenalpasti punca sebenar masalah pelajar tersebut. Guru Pendidikan Khas sesuai sangat tengok. Ianya difilem di India.

#15 – The Ron Clark Story (2006)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem ini merupakan adaptasi kisah benar Ron Clark, guru di kampung yang ditukar ke sebuah sekolah dengan cabaran terbesar, disiplin paling teruk. Apa yang beliau buat dan mampukah beliau mengatasi masalah tersebut?

#16 – Black (2005)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem Hindi lakonan hebat Amitabh Bachan dan Rani Mukherjee ini mengisahkan kisah seorang gadis buta dan pekak, dan hubungannya dengan guru yang kemudiannya menghidap sakit Alzheimer.

#17 – Great Teacher Onizuka (1998)

bertemakan guru dan pendidikan

Great Teacher Onizuka atau lebih dikenali sebagai GTO ini memang sudah popular menerusi siri manga nya. Kisah cikgu dengan niat pelik, tapi akhirnya menjadi guru yang lucu dan juga berjaya memberi inspirasi kepada anak muridnya.

#18 – Dangerous Minds (1995)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem lakonan Michelle Pfeiffer ini mengisahkan seorang Marine yang menjadi guru di sebuah sekolah gangster. Tengok bagaimana coolnya cikgu perempuan nih mengawal anak-anak muridnya yang ganas. Cikgu kat sekolah di bandar, sila tonton untuk ambil inspirasi.

#19 – Cikgu Limau Kasturi (1993)

bertemakan guru dan pendidikan

Saya masukkan juga drama legend ini sebagai Filem Guru Wajib Tonton atas kehebatan cerita ini dalam meninggalkan kesan kepada ramai orang, termasuk saya. Dilakonkan oleh Harun Salim Bachik, watak cikgu di pedalaman yang penuh dengan kejujuran dan sikap sebenar seorang pendidik. Generasi yang belum sempat tonton, sila cari kat Youtube ok.

#20 – Dead Poet Society (1989)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat, Robin Williams dengan penuh gaya sekali. Menjadi guru Sastera, bukan lah halangan untuk beliau menggunakan pendekatan yang cukup dekat dan hebat dengan pelajar beliau yang semuanya lelaki.

#21 – Lean on Me (1989)

bertemakan guru dan pendidikan

Filem mengena perjuangan seorang pengetua sekolah yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan sekolah nya berada dalam keadaan yang terbaik. Lakonan hebat oleh Morgan Freeman.

#22 – To Sir With Love (1967)

bertemakan guru dan pendidikan

Sebuah filem lama yang mengisahkan seorang guru yang berdepan dengan remaja sukar dikawal di sekolah baharunya. Menjadi guru di sekolah terbuang seperti itu, guru tersebut berhadapan dengan banyak kesukaran. Berjayakah beliau mendidik anak-anak nakal tersebut?

Ini antara filem yang anda boleh tonton yang bertemakan guru dan pendidikan. Ada antara yang admin pernah tonton dan juga belum tonton. Harap ianya memberi manfaat kepada semua penonton dan peminat filem khususnya.

sumber : cikguhailmi.com

Artikel Berkaitan

1 thought on “22 Filem Yang Bertemakan Guru Dan Pendidikan”

  1. Pingback: Ini Jawapan KPM Berkaitan Video Viral Negaraku Dalam Bahasa Mandarin - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain