advertisement

Hari ini merupakan hari pembukaan bagi Majlis Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-10 dan hari ini juga Agong baru di masyhorkan sebagai Cancelor UPNM yang baru. Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Tuanku Canselor dilakukan bagi sesi pertama majlis ini berlangsung.

Pemasyhuran Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan Seksyen 10 (1)(2) Perlembagaan UPNM yang memperuntukkan bahawa Canselor mesti Yang di-Pertuan Agong.

agong

Istiadat pemasyhuran itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dengan menyerahkan Watikah Pemasyhuran kepada baginda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Agong, Canselor UPNM Yang Baru

Bermula 14 November hingga 16 November 2019, Istiadat Majlis Konvoksyen UPNM akan dijalankan. Seramai 969 graduan graduasi dengan seramai 14 graduan Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (41), 229 pegawai kadet dan 325 graduan awam bagi Ijazah Sarjana Muda manakala Diploma, seramai 360 graduan.

Baca Juga : Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia 2019

Tahniah kepada semua bakal graduan yang berjaya tamatkan pengajian bagi setiap peringkat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

sumber : bharian.com

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here