advertisement

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa mana-mana mereka yang layak bagi memohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi pengajian 2020/2021. Tawaran ini dibuka bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara.

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) ini dikhususkan kepada warganegara yang belajar di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam. Jadi mana yang berminat, boleh memohon.

biasiswa yang di pertuan agong

Isi kandungan

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Sesi 2020/2021

Permohonan bagi Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) ini boleh dibuat bermula pada 10 Februari 2020 hingga tarikh tutup pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Anda boleh mengisis borang secara dalam talian (online) melalui portal dibawah. Klik sahaja

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu 6 di peringkat Sarjana dan 6 di peringkat PhD

Baca Juga : Agong Di Masyhor Sebagai Canselor UPNM

Syarat Kelayakan

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Memperoleh CGPA 3.75 atau Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Mudah (bagi peringkat Sarjana) serta CGPA 3.75 atau Kelas Pertama atau cemerlang dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat PhD)
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum/ aktiviti kemasyarakatan/ hasil kerja kreatif dan inovatif
  • Kemahiran dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa adalah satu kelebihan
  • Mendapata tempat pengajian di universiti terkemuka dunia atau universiti penyelidikan tempatan yang dipersetujui oleh JPA

Bidang Pengajian

  • Sains Dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada penawaranldp@jpa.gov.my.

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here