Melalui inisiatif Ihsan Johor, Kerajaan Johor akan memberi bantuan khas COVID-19 untuk anak Johor yang terkandas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku di Malaysia.

Melalui data dan laporan yang dkeluarkan, di Johor sahaja telah mencatatkan kes positif COVID-19 ini sebanyak 422 orang dengan menyebabkan 13 kematian.

Baca Juga : Pindaan Tarikh Baru Bagi Peperiksaan Di Bawah Kendalian KPM

Jadi bagi mengelakkan jangkitan virus ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana anda tidak dibenarkan keluar daripada rumah termasuk pelajar IPT yang sedang berada di kampus.

Dengan itu, ramai pelajar yang sedang berada di dalam semester masih duduk dan berada di dalam kampus masing-masing. Jadi Kerajaan Johor berbesar hati ingin membantu pelajar-pelajar khususnya anak Johor dengan memberikan bantuan tunai one-off menerusi Persatuan Pelajar Negeri Johor di seluruh Malaysia.

Pelajar Semenanjung : RM200
Pelajar Sabah & Sarawak : RM300

Bantuan Khas COVID-19 Untuk Anak Johor Di IPT

anak johor

Hampir 3,000 penuntut anak Johor dijangka akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang akan disalurkan ke akaun Persatuan Mahasiswa Anak Johor atau Hal Ehwal Pelajar IPT.

Syarat Permohonan

  1. Mahasiswa/i anak Johor yang terkandas di IPT yang lahir dan menetap di Johor .
  2. Mahasiswa/i bukan anak Johor yang terkanda di IPT tetapi telah menetap di Johor.
  3. Mahasiswa/i anak Johor yang terkandas menuntut secara aktif di universiti selama tempoh PKP dilaksanakan.

Buat masa ini bantuan COVID-19 ini hanya diberi kepada anak Johor yang menuntut di IPT tempatan di dalam Malaysia sahaja.

Pelajar sedang membuat praktikal dan berada di jauh daripada keluarga serta situasi lain terkandas di rumah sewa boleh juga memohon

Cara Memohon

Kepada anak Johor, anda boleh mohon melalui pautan dibawah denga melalui pengisian borang online sahaja sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 9 April 2020 (atau tertakluk kepada sebarang pindaan)

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke:
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
No.15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri,
Larkin Jaya, Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990, Johor Bahru.

ATAU hubungi:
Encik Hamdi: 012-724 0060
Encik Muhammad Sollehin: 012-765 9610
(8pagi – 5 petang/ Ahad – Khamis)

Email: pembangunanmahasiswa@ypj.gov.my atau layari facebook Johor Future Leaders

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here