Hari ini pihak Universiti Malaya telah mengumumkan dimana, pelajar Universiti Malaya sendiri akan diberi bantuan pakej data internet bagi memudahkan urusan pembelajaran secara online yang sedang berlangsung ketika ini.

Jika dahulu, penggunaan internet ini bukanlah lah dalam kategori keperluan dan hanya sekadar kemahuan tetapi kini sudah lain. Tambahan lagi, ketika dalam tempoh PKP ini, internet menjadi salah satu barang keperluang bagi para pelajar. Ini kerana, kini sesi pembelajaran masih dijalankan tetapi dilakukan dalam konsep atas talian atau secara online. Jadi mereka perlukan data pakej data internet yang baik.

Baca Juga : Bantuan One-Off PRIHATIN Bagi Pelajar IPT Diperluaskan Dan Dipercepatkan

Pelajar Universiti Awam Menerima Bantuan Pakej Data Internet Daripada Celcom

Para pelajar akan menerima pakej data internet daripada Celcom dengan kerjasama bersama Universiti Malaya sendiri bagi membantu mereka yang memerlukan. Seperti yang diberi tahu, seramai 2000 pelajar akan terpilih menerima pakej ini menerusi kriteria seperti dibawah

  • Pendapatan isi rumah bawah RM4000
  • Pelajar yang berada di kawasan yang kurang capaian internet bagi urusan pembelajaran.

Celcom akan tawarkan pakej data internet Pelan Celcom First Gold 53 secara percuma kepada pelajar yang layak.

pakej data internet

Untuk dipilih oleh pihak UM, anda perlu sertai bebera survey yang dikelola sendiri oleh Universiti Awam melalui beberapa platform seperti emel, facebook, student portal, whatsapp dan sebagainya. Jika anda terpilih, anda akan menerima emel daripada UM sendiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari umacademic

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here