Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
keputusan upuonline spm

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan membuka permohonan UPUOnline mulai 25 Februari 2019 sehingga 2 April 2019 yang lepas.

Menurut KPM, sebanyak 199,626 permohonan bagi Lepasan SPM telah diterima. Calon-calon tersebut adalah layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke Universiti Am, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

Tarikh Dan Kaedah Semak Keputusan Permohonan

Bagi semua calon Lepasan SPM yang memohon, hebahan keputusan permohonan kemasukan unutk ke Program Pengajian Asasi, Sijil dan Diploma akan diumumkan pada 5 Mei 2019 (Ahad) mulai jam 12 tengah hari sehingga 12 Mei 2019 jam 11.59 malam melalui 4 kaedah berikut:

1. Internet :

2. Talian Hotline UPU : 03-8870 8200

3. Aplikasi UPUPocket 2.0

4. Semakan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) 15888 dengan menaip : UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KP

 
keputusan upuonline 2019
Infografik berkaitan dengan semakan hebahan keputusan UPUOnline
 

 

Untuk sebarang persoalan berkaitan dengan UPUOnline, anda boleh terus hubungi pihak mereka dengan beberapa kaedah seperti dibawah:  

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya

No Tel: 03-8870 8200
E-mel: upu@moe.gov.my
Melalui aplikasi mobil: UPUPocket2.0


Laman Sosial : 
Facebook : Kemasukan BKPK JPT
Twitter : @twt_upu
Instagram : @kemasukan bpkp

Artikel Berkaitan

2 thoughts on “Keputusan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 Pada 5 Mei 2019”

  1. Pingback: Keputusan Permohonan UPUOnline Lepasan STPM / Setaraf - pendidikan4all

  2. Pingback: Permohonan Panggilan Ke-2 Ke UiTM Sesi 2019/2020 - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain