Satu lagi pencapaian terbaru buat Malaysia dan khususnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila telah dipilih sebagai Presiden SEAMEO iaitu Southeast Asian Miniters of Education Organization, Council bagi tempoh 2019 hingga 2021 dan Pengerusi 50th SEAMEO Council Conference.

Tahniah kepada semua kepimpinan di bawah KPM terutamanya Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Kerajaan amat menghargai sokongan padu negara-negara ahli SEAMEO terhadap kepimpinan Malaysia, khasnya dalam memacu perkembangan bidang pendidikan di rantau Asia Tenggara.

[Sudah Baca?] Pelajar UiTM Kini Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al-Jazeera

Malaysia turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Dr Muhadjir Effendy di atas kejayaan menerajui SEAMEO untuk tempoh 2 tahun sebelum ini.

Presiden SEAMEO

Presiden SEAMEO

Tahniah juga diucapkan kepada Menteri Pendidikan Singapura, Tuan Ong Ye Kung kerana dipilih sebagai Naib Presiden SEAMEO Council dan Naib Pengerusi 50th SEAMEO Council Reference.

Malaysia Dipilih Presiden SEAMEO Council

Semoga Malaysia dan Singapura akan berusaha bersama-sama bagi membentuk kesepakatan jitu demi manfaat pendidikan di rantau Asia Tenggara.

Malaysia dengan sokongan kuat negara-negara ahli lain akan memastikan SEAMEO terus konsisten melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah kesepaduan sosial melalui pendidikan demi kemakmuran dan kesejahteraan Asia Tenggara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here