Sekolah di Vietnam kini sudah mula dibuka semula selepas perintah Lockdown di tarik susulan tiada lagi kes COVID-19 di catat untuk beberapa minggu.

Sebelum ini, Vietnam telah memberi arahan perintah Lockdown selama 3 bulan disebabkan krisis pandemik COVID-19 yang berlaku di sana. Setakat ini, di Vietnam telah mencatatkan 271 kes positif dan tiada kematian dilaporkan.

vietnam

Selepas 3 bulan akhirnya perintah Lockdown ditarik semula dan rakyat Vietnam kini telah menjalani kehidupan new norm seperti sedia kala termasuklah permulaan semula sesi persekolahan. Kini semua sekolah sudah beroperasi seperti biasa dan sudah menerima murid-murid.

Norma Baharu Di Sekolah Di Vietnam

vietnam

Mengikut laporan CNN, rata-rata murid di Vietnam sudah kembali ke sekolah iaitu kira-kira 22 juta murid dan dilaporkan juga telah berlaku norma baharu seperti penjarakan meja di setiap kelas dan juga dibahagikan kelas ke sekala yang kecil.

Macam mana agaknya untuk nasihatkan murid bagi melakukan penjarakkan sosial sejauh 1 meter apabila di sekolah yang melibatkan kanak-kanak.

Dilaporkan juga, di beberapa sekolah terpaksa mengubah jadual kelas yang mana ada sebahagian belajar di sekolah dan ada belajar secara online dan televisyen seperti yang berlaku di negara-negara lain juga kini termasuk Malaysia.

Ada Yang Diwajibkan Untuk Memakai Topeng Muka Sehingga Perisai Muka Di Sekoleh Di Vietnam

vietnam

Antara sekolah yang mewajibkan pemakaian topeng muka adalah Nhi Dong Primary School. Bukan sahaja topeng muka, tetapi mereka juga akan memakai perisai muka (face shield). Tetapi face shield ini bukan lah wajib di pakai seperti yang diberitahu oleh pengetua sekolah tersebut, Le Thanh Hung.

Vietnam antara negara Asia Tenggara yang berjaya melawan COVID-19. Sehingga 6 Mei, hanya 271 kes direkodkan positif dengan 232 daripadanya sudah sembuh. Setakat ini tiada kematian dicatatkan.

Ini adalah antara norma baharu yang mungkin berlaku di sekolah. Pakai topeng muka, penjarakan meja di dalam kelas, kecilkan kapasiti kelas dan mungkin perlu pakai face shield. Adakah sekolah-sekolah di Malaysia sudah menerima norma-norma baharu selepas ini?

Semoga Malaysia juga berjaya melawan COVID-19 dengan jayanya…

sumber : elitereaders.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here