kemasukan kolej vokasional

Bagi ambilan Januari 2020, kini anda sudah boleh membuat permohonan kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Jika anda berminat untuk memasuki ke arah pembelajaran teknik dan vokasional, inilah tempatnya.

kemasukan kolej vokasional

Sekolah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik hanya menerima pelajar bermula tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Jadi bagi mereka yang telah menduduki PT3 pada 2019 baru-baru ini, ini adalah peluang anda bagi meneruskan pembelajaran kearah vokasional dan teknik.

Baca Juga : Permohonan MRSM Tahun 2020 Kini Dibuka

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Murid Lepasan Tingkatan Tiga 3 Tahun 2019 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk mengikuti untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2020 seperti berikut :

  1. Program Kolej Vokasional
    • Di Kolej Vokasional
  2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  3. Program Kemahiran di Kolej Vokasional

Permohonan secara online dibuka mulai 15 Oktober hingga 19 Disember 2019

Untuk memohon anda boleh pergi ke pautan dibawah dan pilih Permohonan Kemasukan kemudian anda boleh pilih 3 program yang ditawarkan

TARIKH PENTINGPERKARA
PERMOHONAN ONLINE15 Oktober hingga 19 Disember 2019
PEMILIHAN & SESI TEMU BUAL
– bergantung kepada KV/SMT
– akan dihubungi oleh pihak KV/SMT (sekiranya dipanggil sesi temu bual)
7 hingga 14 Januari 2020
SEMAKAN TAWARAN15 hingga 27 Januari 2020
SESI PENDAFTARAN
– Aliran Perdana
– Aliran PAV
– 28 Januari 2020
– 11 Februari 2020
SESI RAYUAN / WALK-IN
– Aliran Perdana
– Aliran PAV
– 29 Januari hingga 28 Februari 2020
– 12 Februari hingga 28 Februari 2020

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154)

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain